BAB 2 PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

BAB 2 PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1

2.0 Pengenalan. 1

2.0.1 NEGARA MAJU. 1

2.0.2 AMAN. 1

2.0.3 MAJU. 1

2.0.4 SEJAHTERA. 1

2.1 Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera. 1

2.2 Strategi Membina Negara Maju dan Sejahtera. 1

2.3 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera. 1

2.3.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN.. 1

2.3.2 EKONOMI 1

2.3.3 POLITIK. 1

2.3.4 PRASARANA. 1

2.3.5 SOSIAL DAN BUDAYA. 1

2.3.6 PERSEKITARAN (EKOLOGI) 1

2.3.7 SAINS DAN TEKNOLOGI 1

2.4 Langkah Umum Membina Negara Maju dan Sejahtera. 1

 


 

BAB 2 PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

2.0 Pengenalan

2.0.1 NEGARA MAJU

1.     Negara maju merujuk Negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu.

2.     Indeks Pembangunan Manusia PBB dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menggariskan beberapa ciri atau kriteria pengukuran takrifan pembangunan Negara.

 

2.0.2 AMAN

1.     Aman merupakan suatu keadaan yang bebas daripada kacau bilau seperti peperangan, pergaduhan dan permusuhan.

2.     Aman adalah bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan.

 

2.0.3 MAJU

1.     Maju merupakan suatu keadaan perubahan ke hadapan menjadi lebih baik daripada keadaan sekarang.

2.     Maju sesebuah negara bangsa pula menunjukkan keadaan bertambah baik, menunjukkan ketamadunan (Kamus Dewan, Edisi Ketiga).

3.     Dalam konteks Negara Malaysia, maju dilihat dalam dua aspek, iaitu maju fizikal dan maju kerohanian.

 

2.0.4 SEJAHTERA

1.     Sejahtera mengikut istilah adalah bermakna aman dan makmur, tenang dan tenteram serta terpelihara daripada bencana daripada kesusahan dan gangguan.

2.     Antara sebab rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan sejahtera adalah seperti yang berikut:

a)     Keadaan ekonomi negara berkembang

b)     Keadaan politik yang terpelihara dan stabil

c)     Hubungan dengan antarabangsa yang baik dan dihormati

d)     Keadaan persekitaran yang kondusif untuk menikmati kehidupan

e)     Wujud integrasi kaum dan wilayah melalui persefahaman politik

f)      Menikmati kemudahan infrastruktur dan infrastruktur yang lengkap dan moden

g)     Kemajuan sains dan teknologi yang menjadi pemangkin kemakmuran negara

h)     Hak dan kebebasan rakyat yang terpelihara mengikut undang-undang

i)      Tahap kesihatan dan kesejahteraan penduduk adalah tinggi

 

2.1 Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera

1.     Antara kepentingan membina negara maju dan sejahtera adalah seperti yang berikut:

a)     Mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat dalam pelbagai aspek

                         i.         Keselesaan hidup dapat dicapai

                       ii.         Kesihatan minda dapat dibentuk

b)     Meningkatkan kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara

                         i.         Kemajuan fizikal dapat dinikmati

                       ii.         Peluang pekerjaan tersedia

                      iii.         Peningkatan keyakinan pelabur

                      iv.         Rakyat memperoleh pendapatan tinggi

c)     Mewujudkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara

                         i.         Merupakan indikator keupayaan mentadbir

                       ii.         Menunjukkan komitmen dan wawasan kerajaan

d)     Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi

                         i.         Penggunaan sains dan teknologi untuk menjayakan kemajuan negera

                       ii.         Dapat meningkatkan penggunaan sumber (manusia dan alam) secara optimun

                      iii.         Boleh menikmati pemindahan teknologi dari negara lain

 

2.2 Strategi Membina Negara Maju dan Sejahtera

1.     Antara strategi membina negara maju dan sejahtera adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan perbelanjaan kerajaan dengan cekap

                         i.         Perbelanjaan negara sebaik-baiknya bersifat seimbang (tidak berlaku lebihan apatah lagi belanjawan defisit)

b)     Memantapkan asas ekonomi negara

                         i.         Menunjukkan kemajuan ekonomi yang sebenar

                       ii.         Menunjukkan keupayaan sebenar membayar hutang

                      iii.         Mengelakkan spekulasi

c)     Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran

                         i.         Membaiki sistem penyampaian perkhidmatan

                       ii.         Meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran

                      iii.         Melakukan kreativiti dalam pengurusan

                      iv.         Menghapuskan sistem birokrasi yang rumit

d)     Menyediakan kemudahan prasarana/infrastruktur berkaitan sosial

                         i.         Meningkatkan mutu sistem pendidikan

                       ii.         Meningkatkan penyediaan prasarana kesihatan serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

                      iii.         Meningkatkan penyediaan bekalan sumber air bersih dan bekalan sumber tenaga elektrik di kawasan pedalaman

e)     Mewujudkan kestabilan politik

                         i.         Memantapkan perpaduan kaum

                       ii.         Menyelesaikan isu perkauman sempit

                      iii.         Menyelesaikan isu secara rundingan

f)      Mewujudkan kestabilan ekonomi

                         i.         Bersedia dengan mekanisme kewangan bagi menangani cabaran

                       ii.         Mewujudkan kawal selia kewangan yang baik

 

2.3 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera

1.     Dalam konteks Malaysia, kemajuan negara tidak hanya dinilai daripada aspek fizikal semata-mata tetapi juga dari segi kemanusiaannya.

2.     Antara aspek penting yang dilihat adalah seperti yang berikut:

Rajah 2.1 Petunjuk negara maju dan sejahtera

 

2.3.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

1.     Agama merujuk sistem kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat.

2.     Agama juga berkaitan dengan tatasusila masyarakat yang bukan sahaja untuk perhubungan dengan Tuhan tetapi juga perhubungan antara manusia dengan manusia.

3.     Oleh itu, nilai-nilai agama yang dianuti oleh setiap bangsa perlu dipupuk demi kesejahteraan dan keharmonian.

4.     Agama dan kepercayaan mempunyai peranan yang penting dalam membina masyarakat yang harmonis dan bertamadun serta mencapai kesejahteraan.

 

Kedudukan Agama Dalam Perlembagaan Persekutuan

1.     Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan (Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan).

2.     Perlembagaan juga menetapkan bahawa penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran dan kepercayaan agama masing-masing.

3.     Beragama merupakan suatu keperluan bagi seluruh warganegara.

4.     Hal ini dicatatkan dalam satu daripada lima prinsip Idealogi Negara yang dikenali sebagai Rukun Negara Malaysia.

5.     Perkara ini diletakkan sebagai teras paling utama dalam ideologi ini, iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”.

6.     Selain itu, setiap anggota masyarakat juga dituntut mematuhi ajaran agama masing-masing.

7.     Secara kebiasaannya, beragama bukan sahaja menjadi benteng kepada tingkah laku anggota masyarakat malah menjadi sumber rujukan atau panduan dalam semua urusan negara.

 

Perundangan dan Pengurusan Agama Islam

1.     Dari segi perundangan dan pengurusan agama Islam pula diperuntukkan kepada negeri (rujuk senarai negeri dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan).

2.     Kuasa agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja dan Wilayah Persekutuan adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.

3.     Sultan merupakan Ketua Agama Islam.

4.     Yang di-Pertuan Agong pula menjadi Ketua Agama Islam bagi lima negeri yang tidak beraja.

 

Kepelbagaian Agama di Malaysia

1.     Agama dan kepercayaan yang dianuti oleh rakyat Malaysia mempunyai kaitan dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini.

2.     Berikut merupakan contoh kepelbagaian agama di Malaysia:

a)     Kaum Melayu menganuti agama Islam

                         i.         Secara relatifnya, agama Islam dianuti oleh kaum Melayu, India Muslim, Cina Muslim, dan lain-lain.

                       ii.         Secara umunya, ajaran agama Islam bermatlamat untuk:

·       melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan bahawa Allah paling berkuasa menentukan segalanya.

·       melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan sistematik dalam kehidupan.

·       melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah (pemimpin) dan melahirkan hala tuju dalam kehidupan.

b)     Kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak mengamalkan kepelbagaian agama

                         i.         Kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak masih mengamalkan kepelbagaian agama.

                       ii.         Sebagai contoh, kepercayaan nenek moyang atau animisme, iaitu kepercayaan terhadap roh dan alam semula jadi.

c)     Kaum Cina mengamalkan agama buddha

                         i.         Secara umumnya, terdapat beberapa fahaman diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia.

·       Fahaman Taoisme

-        Masyarakat Cina mengamalkan agama dan kepercayaan berdasarkan fahaman Taoisme, iaitu sistem falsafah dan keagamaan Cina.

·       Ajaran Conficianisme

-        Ajaran Conficianisme menitikberatkan falsafah moral dan sosial berdasarkan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesenian.

d)     Kaum India mengamalkan agama Hindu

                       ii.         Masyarakat India yang bukan Muslim mengamalkn agama Hindu dan berasaskan konsep banyak Tuhan (polytheistic), hukuman karma dan kelahiran semula berasaskan kitab Veda.

                      iii.         Kitab Veda mengandungi riwayat hidup, amalan politik, kebudayaan dan cara hidup yang mengandungi ramalan tentang kedatangan seorang nabi.

                      iv.         Pada peringkat awal, terdapat tiga jenis kitab, iaitu Rig Veda, Sama Veda dan Yajur Veda dan kemudian bertambah dengan kitab Atharva, Brahmanas, Aranyakas dan Upanisads.

e)     Kaum Punjabi mengamalkan agama Sikh

                         i.         Kaum Punjabi merupakan salah satu kaum yang terdapat di Malaysia.

                       ii.         Secara kebiasaannya, kaum Punjabi mengamati agama Sikh.

f)      Pengamalan agama lain

                         i.         Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengamalkan agama lain seperti Kristian dan sebagainya.

 

Agama Islam Dalam Sistem Pemerintahan Negara

Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Negara

1.     Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

2.     Rasional kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai Islam adalah untuk memelihara maruah warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh.

3.     Nilai merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani.

4.     Masyarakat yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada pengaruh luar yang negatif yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya.

5.     Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kebudayaan dan menjalani cara hidup yang berbeza.

6.     Oleh yang demikian, nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha membentuk identiti dan perpaduan.

7.     Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia.

8.     Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran ialah pembentukan akhlak dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.

9.     Terdapat 11 nilai dipilih untuk dijadikan asas dasar ini seperti Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun, Bersih, Berdisiplin, Bekerjasama, Berbudi mulia dan Bersyukur.

10.  Agama Islam juga turut dijadikan asas pembinaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

11.  Untuk menerima sesuatu budaya maka ia hendaklah selaras dengan nilai-nilai Islam atau tidak bertentangan dengan nilai Islam.

 

Kepentingan Agama dan Kepercayaan Dalam Mempengaruhi Negara Maju dan Sejahtera

A blue rectangle with white text

Description automatically generated

Rajah 2.2 Kepentingan agama dan kepercayaan dalam mempengaruhi negara maju dan sejahtera

 

Pendidikan

1.     Agama mendidik setiap penganutnya untuk berbuat baik.

2.     Dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam, berbuat baik akan mendapat pahala dan sebagai tanda kehambaan kepada Allah yang satu (esa).

3.     Agama merupakan garis panduan yang dapat membantu setiap insan mendidik diri ke arah kejayaan.

4.     Hal ini seterusnya akan membantu mewujudkan negara yang sejahtera dan maju.

 

Memperkasa Kawalan Sosial

1.     Kebanyakan agama di dunia menyarankan kepada amalan kebaikan.

2.     Dalam ajaran agama sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.

3.     Dengan yang demikian, banyak perkara baik boleh dilakukan dan perkara buruk akan dielakkan.

4.     Antara perkara baik yang diterapkan melalui nilai di atas adalah seperti yang berikut:

a)     Rajin berusaha tanpa putus asas

Hal ini boleh memajukkan diri dan negara.

b)     Kerukunan dan persaudaraan

Hal ini boleh mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat serta menyemai hubungan antara kaum.

c)     Bertanggungjawab dan amanah

                                  i.         Hal ini boleh mengelakkan seseorang mengamalkan rasuah dalam kehidupan mereka.

                                ii.         Rasuah merupakan jenayah yang boleh meruntuhkan sesebuah negara.

d)     Tanggapan positif masyarakat

Semua pihak luar akan menganggap masyarakat Malaysia ialah mereka yang dipandu oleh amalan agama dalam kehidupan dan mempunyai nilai-nilai yang baik.

5.     Terdapat juga amalan kepercayaan segelintir masyarakat yang boleh menjejaskan kemajuan sesebuah negara seperti kepercayaan silam yang menjejaskan kemajuan apabila terikat dengan masa dan peristiwa tertentu.

6.     Agama dan kepercayaan dapat dijadikan sebagai faktor pembentukan masyarakat di Malaysia seperti apabila diadakan majlis rumah terbuka (kini merupakan suatu majlis rasmi kerajaan) semua anggota masyarakat akan berkunjung sambil beramah mesra antara satu sama lain.

 

Melahirkan Generasi Pemimpin Yang Berwibawa

1.     Setiap agama menggalakkan perbuatan positif yang memberi kebaikan kepada semua pihak.

2.     Mengamalkan agama secara menyeluruh melalui pemahaman yang baik melahirkan generasi yang berketerampilan tinggi pada masa hadapan.

3.     Pemahaman yang tinggi terhadap agama akan membantu melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa.

 

Mewujudkan Kerjasama Kukuh dalam Setiap Peringkat

1.     Agama berupaya menjadi platform terbaik untuk mewujudkan kerjasama erat dan kukuh dalam kalangan masyarakat.

2.     Hal ini disebabkan oleh kebaikan yang disarankan dalam setiap agama akan mempengaruhi setiap penganutnya untuk terus melakukan kebaikan.

3.     Kerjasama yang dibentuk akan dapat memperkukuh perkembangan setiap sektor dalam proses pembangunan negara termasuk kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

 

Mengutamakan Kepentingan Negara Melebihi Kepentingan Diri

1.     Perkembangan kemajuan negara akan dalam setiap perkara telah menuntut setiap rakyat berusaha memajukan diri masing-masing.

2.     Secara umumnya, agama menggalakkan setiap insan mengetepikan kepentingan diri secara positif dalam mencapai sesuatu matlamat.

3.     Setiap rakyat perlu memberi keutamaan yang tinggi kepada kepentingan negara berbanding kepentingan diri.

4.     Hal ini penting dalam memastikan kelangsungan kemajuan dan kesejahteraan negara.

 

Cabaran

Ajaran Sesat Atau Songsang

1.     Terdapat sesetengah penganut agama yang cuba menyelewengkan ajaran agama sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat,

Ekstremis Agama

1.     Terdapat sesetengah pihak yang tidak bersikap toleran.

2.     Terdapat juga dakwaan pihak luar yang mendakwa Malaysia menjadi markas pemberontak.

3.     Walau bagaimanapun, Malaysia tekah bekerjasama dan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu memperbetulkan persepsi negatif ini.

Jenayah Kebencian Agama

1.     Terdapat pihak tertentu dalam negara yang cuba mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi melalui beberapa kes seperti mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Institusi keagamaan.

2.     Melakukan hasutan dengan memburuk-burukkan amalan agama kaum lain dan boleh mencetuskan perbalahan agama.

3.     Sebagai contoh, memuat naik rakaman menghina di laman sosial.

4.     Terdapat tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab merosakkan rumah ibadat agama lain.

Penyalahgunaan Kemudahan Teknologi Maklumat

1.     Terdapat sesetengah individu yang menulis perkara negatif di dalam laman sosial facebook atau blog persendirian.

2.     Terdapat juga individu tertentu cuba menghina lambang agama tertentu melalui gambar-gambar yang dimuat naik ke laman sosial.

Tidak Mematuhi Ajaran Agama

1.     Ramai golongan muda tidak mengamalkan ajaran agama yang dianuti.

2.     Ramai golongan belia yang terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral seperti menagih dadah, merempit, meragut, melakukan kerosakan harta awam (vandalisme) dan sebagainya.

 

Langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Dari Sudut Agama dan Kepercayaan

Rajah 2.3 Langkah membina negara maju dan sejahtera dari sudut agama dan kepercayaan

Menghargai Kepelbagaian

1.     Menghargai kepelbagaian, iaitu menghormati pelbagai agam, saling memahami agama dan budaya masyarakat di Malaysia.

2.     Setiap anggota masyarakat hendaklah mempunyai sifat menghormati agama lain selain daripada agama yang diamalkannya.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menerapkan nilai positif atau universal keagamaan kepada penganutnya

b)     Pendidikan keagamaan dan moral dalam sistem pendidikan

c)     Menghormati nilai dan budaya masyarakat melalui sambutan perayaan

 

Mengutamakan Konsep Perundingan

1.     Pihak kerajaan menganjurkan muzakarah atau dialog agama dalam kalangan pemimpin-pemimpin agama.

2.     Melalui perundingan ini semua pemimpin agama dapat memberikan kefahaman tentang hal berkaitan dengan kedudukan dan amalan beragama di Malaysia.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menjemput pakar dalam bidang agama untuk berunding

b)     Menyelesaikan sesuatu isu secara berhikmah

c)     Menegah masyarakat awam membuat ulasan-ulasan tanpa ilmu

 

Memperkasa Penguatkuasaan Undang-undang

1.     Kerajaan perlu memperkasa penguatkuasaan undang-undang.

2.     Hal ini bagi mengekang pihak tertentu yang berusaha memainkan sentimen agama untuk meraih keuntungan tertentu seperti kepentingan peribadi atau kepentingan politik tanpa mengutamakan kepentingan negara.

3.     Antara perundangan yang digunakan ialah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meminda akta berkaitan undang-udang hasutan

b)     Pihak berkuasa agama sentiasa membuat pemantauan

c)     Kerjasama masyarakat awam

 

Memperkasa Pendidikan

1.     Sistem pendidikan Malaysia memuatkan pengetahuan tentang aspek keagamaan dan kepercayaan melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan Malaysia yang diajar di peringkat sekolah rendah lagi.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

b)     Pendidikan tidak formal perlu digalakkan

c)     Penyertaan dalam program Rakan Muda

 

Mengamalkan Politik Beretika

1.     Pihak ahli politik perlu mengelak menimbulkan isu berkaitan perkara sensitif untuk meraih keuntungan politik.

2.     Hal ini boleh dibendung supaya keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan pemahaman ahli politik terhadap sosiobudaya kaum

b)     Elak bercakap tentang agama lain bagi mengelakkan isu

 

Menggalakkan Perkembangan Budaya Inovasi

1.     Setiap individu perlu berusaha meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri dari semasa ke semasa.

2.     Penerapan budaya inovasi secara aktif dan positif di dalam diri merupakan salah satu kebaikan yang boleh diperoleh melalui pengamalan agama secara menyeluruh.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan kemudahan latihan

b)     Menyediakan dana penyelidikan

c)     Mendapatkan latihan dari tenaga luar atau berlatih di luar negara

 

Memperkukuh Keadilan Sosial

1.     Layanan secara adil dan saksama kepada semua pihak akan dapat membantu memperkukuh pemeliharaan agama dan kesejahteraan negara.

2.     Hal ini boleh dilaksanakan melalui sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan sumbangan melalui pertubuhan agama

b)     Memberikan kebebasan melaksanakan program yang berkaitan

c)     Sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur

d)     Melaksanakan aktiviti budaya secara harmoni

 

2.3.2 EKONOMI

1.     Antara petunjuk utama sebuah negara maju dan sejahtera ialah kemajuan ekonominya.

2.     Secara kebiasaannya, kemajuan akan diiringi dengan petunjuk fizikal seperti kewujudan rangkaian lebuh raya, bangunan pencakar langit serta pelbagai prasarana yang canggih.

3.     Malaysia merupakan bumi bertuah kerana memiliki kepelbagaian sumber ekonomi, mempunyai sumber tenaga manusia yang cekap dalam pengurusan ekonomi, kedudukan geografi dan sumber alam.

 

Petunjuk Kemajuan Negara

1.     Pada tahun2002, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan Alaf Pembangunan 2002, iaitu hak semua negara untuk maju.

2.     Petunjuk kemajuan ekonomi Malaysia ditunjukkan dalam Rajah 2.4 seperti yang berikut:

Rajah 2.4 Petunjuk kemajuan ekonomi Malaysia

 

Pendapatan Negara (KDNK)

1.     Pendapatan Dalam Negara Malaysia atau KDNK ialah pendapatan yang diperoleh oleh negara daripada pelbagai sektor ekonomi seperti yang berikut:

a)     Sektor pembuatan

b)     Sektor pembinaan

c)     Sektor pertanian

d)     Sektor perkhidmatan

e)     Sektor kewangan

2.     Secara keseluruhannya, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia secara puratanya masih menunjukkan nilai yang positif.

KDNK Malaysia

Tahun 2007

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010

Tahun 2011

Peratus

6.3%

4.8%

-1.5%

7.2%

5.1%

(Sumber Dipetik Daripada Buku Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia 2012 (hal vi)).

 

Jadual 2.1 Sumbangan (%) Sektor Terpilih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tahun 1985-2000

Sektor

Tahun 1985

Tahun 1990

Tahun 1995

Tahun 2000

Pertanian, perhutanan dan perikanan

20.8

18.7

10.3

8.7

Pembuatan

19.7

26.9

27.1

33.4

Perkhidmatan

43.7

42.4

51.3

52.7

(Sumber: Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995, Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000, Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005).

 

Menentukan Sendiri Hala Tuju Ekonomi

1.     Malaysia menentukan sendiri hala tuju ekonomi mengikut acuan tempatan.

2.     Malaysia tidak bergantung kepada institusi kewangan dunia apabila mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 dan tahun 1998.

3.     Malaysia mengambil tindakan proaktif dan optimistik dengan tidak membuat pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

4.     Malaysia mengambil tindakan bijak dengan melaksanakan tambatan mata wang ke atas Ringgit Malaysia.

5.     Banyak negara menjadikan Malaysia sebagai negara contoh pengurusan ekonomi dan mengiktiraf ketokohan Gabenor Bank Pusat Malaysia, iaitu Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Aziz.

6.     Malaysia dianggap sebagai salah sebuah negara yang berjaya dalam kalangan negara membangun lain sehingga diletakkan dalam kumpulan 15 buah negara membangun yang pesat berkembang dari segi ekonomi.

 

Kemajuan Fizikal

1.     Kemajuan Malaysia juga diukur daripada kemajuan fizikal yang mencukupi.

2.     Antara contoh prasarana tersebut adalah seperti yang berikut:

a)     Lapangan terbang antarabangsa KLIA bertaraf dunia

b)     Menara Berkembar Petronas pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi didunia

c)     Litar Perlumbaan Antarabangsa Formula 1

d)     Lebuh raya yang pelbagai

3.     Semua lambang fizikal ini merupakan petunjuk kepada kemajuan negara Malaysia.

 

Kesejahteraan Hidup Rakyat

1.     Keseimbangan hidup rakyatboleh dinilai melalui wujudnya peluang pekerjaan yang banyak, peluang mendapat pendidikan, tahap kesihatan yang tinggi dan kebebasan bergerak.

2.     Hal ini akan meningkatkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI).

3.     Malaysia termasuk di dalam kategori negara-negara uppermiddle-income economies

 

Komitmen Kerajaan Terhadap Keselesaan Rakyat

1.     Kerajaan membentuk pelbagai dasar berkaitan ekonomi dan dasar sosial bagi melahirkan keselesaan rakyat.

2.     Dasar tersebut merangkumi usaha seperti yang berikut:

a)     Membasmi kemiskinan

b)     Mencapai pendidikan berkualiti

c)     Menggalak persamaan jantina (jantina)

d)     Memperkasa wanita

e)     Menambah baik kesihatan awam

f)      Memastikan kemampanan alam sekitar

g)     Membangunkan kerjasama global untuk pembangunan

 

Berinteraksi dengan Kumpulan Ekonomi Dunia

1.     Malaysia mempunyai kelebihan dari segi hubungan diplomatik dengan negara asing.

2.     Justeru aspek ini merupakan suatu kekuatan dalam meningkatkan hubungan ekonomi dengan pihak asing.

3.     Malaysia adalah antara negara yang pernah memperjuangkan dialog Utara dengan Selatan serta kerjasama Selatan-Selatan.

4.     Selain itu, Malaysia bersungguh-sungguh mengorak langkah membuka pasaran di negara-negara bekas jajahan Russia (CIS).

 

Peluang Pekerjaan

1.     Rakyat Malaysia beruntung kerana boleh mendapatkan pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri.

2.     Dasar kerajaan yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat adalah strategi membendung pengangguran.

3.     Sebagai contoh, kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dalam pelbagai sektor seperti pelancongan, pasar raya, pembinaan dan pengurusan kewangan.

4.     Oleh itu, kadar pengangguran di Malaysia adalah kurang daripada empat peratus.

5.     Angka tersebut mencerminkan hampir tidak berlaku masalah guna tenaga dalam kalangan rakyat.

 

Pendapatan Per Kapita

1.     Kadar pendapatan per kapita rakyat di negara ini (2014) adalah kira-kira USD7,000 setahun dan angka ini masih rendah berbanding dengan Singapura dan Jepun.

2.     Kerajaan berhasrat meningkatkan pendapatan rakyat melalui pelaksanaan Model Ekonomi Baru dengan sasaran melahirkan rakyat berpendapatan tinggi sehingga mencecah USD15,000 setahun.

 

Industrialisasi

1.     Industrialisasi merupakan antara ciri pembangunan ekonomi sesebuah negara

2.     Ia berfungsi meningkatkan tingkat pendapatan negara dan menaikkan taraf hidup rakyat

3.     Perindustrian dianggap sebagai engine of growth, terdapat peningkatan penyertaan industri berat serta industri kecil dan sederhana (PKS/IKS)

 

Perkembangan Ekonomi Malaysia

1.     Sewaktu penjajahan Inggeris, mereka melaksanakan dasar pecah perintah, iaitu memisahkan bidang ekonomi mengikut kaum seperti yang berikut:

a)     Kaum Melayu

                                  i.         Ditempatkan di kawasan kampung

                                ii.         Bekerja sebagai petani, nelayan dan kerja warisan mereka

b)     Kaum Cina

                                  i.         Ditempatkan di bandar

                                ii.         Bekerja di kawasan lombong

c)     Kaum India

                                  i.         Ditempatkan di estet

                                ii.         Bekerja di kawasan estet

2.     Lokasi fizikal yang berbeza ini menimbulkan perbezaan ekonomi dan perpaduan yang ketara sehingga mencetuskan perasaan yang tidak puas hati yang serius dan telah menjadi alasan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

3.     Yang di-Pertuan Agong telah menggantung parlimen dan negara ditadbirkan oleh MAGERAN dan membuat beberapa resolusi ke arah mencapai perpaduan kaum.

4.     Antara cadangan utama ialah pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membawa dua matlamat seperti yang berikut:

a)     Membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum

b)     Menyusun semula masyarakat

5.     Tempoh pelaksanaan DEB ialah antara tahun 1971 hingga tahun 1990.

6.     Tempoh ini juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1.

7.     Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dengan objektif untuk meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

8.     Pada tahun 1991, kerajaan melancarkan Dasar Wawasan 2020 (merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua-RRJP2 1991-2020) dengan matlamat menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020.

9.     Dalam tempoh tersebut kerajaan menyediakan pelbagai program pembangunan dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) sebagai langkah utama.

10.  Dasar Pembangunan Nasional masih bertunjangkan hasrat mencapai perpaduan negara kerana masyarakat yang bersatu padu sangat penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial, politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

11.  Struktur ekonomi Malaysia mula mengalami perubahan melalui pengenalan Rancangan Lima Tahun Malaysia dan menjadi semakin tersusun setelah pelaksanaan DEB mulai tahun 1971 sehingga kini.

12.  Tempoh Rancangan Lima Tahun merupakan suatu tempoh jangka pendek yang dirancang oleh kerajaan untuk membangunkan negara.

13.  Dalam tempoh setiap lima tahun itu juga pelbagai dasar kerajaan telah dibentuk.

14.  Berikut merupakan Rancangan Lima Tahun Malaysia sehingga kini:

a)     Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

b)     Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

c)     Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

d)     Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

e)     Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

f)      Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

g)     Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

h)     Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

i)      Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

j)      Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)

k)     Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020)

 

Sistem Ekonomi Malaysia

1.     Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi, Malaysia turut mengamalkan sistem ekonomi pasaran terbuka.

2.     Perkembangan ekonomi Malaysia melalui beberapa tahap, iaitu:

a)     Ekonomi berasaskan buruh (intensif buruh)

                         i.         Ekonomi berasaskan buruh berlaku pada tahun 1960-an sehingga pertengahan tahun 1970-an.

                       ii.         Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan keupayaan modal, tetapi bilangan buruh yang banyak, mudah diperoleh dan masih murah.

                      iii.         Ekonomi ketika itu masih bergantung kepada sektor komoditi.

                      iv.         Prestasi ekonomi masih rendah kerana keupayaan pengeluaran masih terbatas sehingga menyebabkan pendapatan negara secara keseluruhannya masih tidak berkembang dengan baik.

b)     Ekonomi berasaskan modal (intensif modal)

                         i.         Tahap isi berlaku disebabkan perubahan dalam dasar kerajaan, iaitu telah mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

                       ii.         Oleh itu, intensif modal dengan menggunakan teknologi telah dilaksanakan bagi mengganti atau mengurangkan penggunaan buruh untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

                      iii.         Ia bermula selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baharu dan semakin bertambah rancak selepas tahun 1980-an di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia keempat).

                      iv.         Kemajuan ekonomi pada peringkat ini berlaku kesan usaha-usaha kerajaan menggalakkan kemasukan pelabur asing, pelaksanaan dasar perindustrian serta penyediaan prasarana yang lengkap dan moden.

                       v.         Pelaksanaan Dasar Perindustrian termasuk Dasar Perindustrian Berat pada tahun 1980-an telah memperkukuhkan sektor perindustrian dan dapat meningkatkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi.

c)     Ekonomi berasaskan pengetahuan

                         i.         Perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan revolusi yang dicetuskan melalui kemajuan dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

                       ii.         Banyak aplikasi perkembangan ekonomi yang telah diperoleh melalui penggunaan Internet.

                      iii.         Kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat di peringkat global.

                      iv.         Semua sektor telah mengambil kesempatan dengan memperkenalkan perkhidmatan elektronik seperti e-kerajaan dan e-perniagaan.

                       v.         Semua pihak yang terlibat mendapat keuntungan dengan kemajuan tersebut, sama ada pihak individu, swasta mahupun pihak kerajaan sendiri.

                      vi.         Berikut merupakan contoh beberapa aplikasi yang digunakan.

Laman Individu

Laman Swasta

Laman Kerajaan/Agensi

·       Laman blog persendirian

·       Laman sosial persendirian

·       E-mel persendirian

·       Maybank2u.com

·       CIMB.com

·       Airasia.com

·       Firefly.com

·       MAS.com

·       e-bay

·       www.moe.gov.my (Kementerian Pendidikan Malaysia)

·       www.jpj.gov.my (Jabatan Pengangkutan Jalan)

 

3.     Malaysia juga sentiasa mengukuhkan asas ekonomi negara dengan meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan daripada pelbagai sektor.

4.     Asas ekonomi yang kukuh merupakan suatu kaedah mewujudkan kestabilan ekonomi negara.

 

Kepentingan Ekonomi Dalam Pembentukan Negara Maju dan Sejahtera

1.     Kepentingan ekonomi dalam mempengaruhi negara maju dan sejahtera ditunjukkan dalam Rajah 2.5 seperti yang berikut:

Rajah 2.5 Kepentingan ekonomi dalam pembentukan negara maju dan sejahtera

 

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

1.     Keadaan ekonomi yang maju akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat

2.     Rakyat boleh memiliki kekayaan material

3.     Rakyat menikmati pelbagai kemudahan

 

Menyeimbangkan Ekonomi Rakyat

1.     Pengagihan kekayaan antara penduduk adalah agak seimbang

2.     Jurang perbezaan antara penduduk bandar dengan luar bandar dapat dikurangkan

3.     Mencapai taraf negara berpendapatan tinggi

 

Mengurangkan Kebergantungan Kepada Ekonomi Asing

1.     Menghasilkan produk tempatan melalui penyelidikan dan pembangunan

2.     Meningkatkan inovasi dalam penghasilan agar produk berdaya saing di pasaran

3.     Meningkatkan penyertaan pelabur tempatan seperti pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana

4.     Melaksanakan pemindahan teknologi asing dalam jangka panjang

5.     Memperkukuh sistem kewangan tempatan seperti simpanan dalam negara, penggunaan perkhidmatan perkapalan dan kewangan serta insurans

 

Mengukuhkan Kedudukan Nilai Mata Wang dan Rizab Negara

1.     Meningkatkan perdagangan eksport Malaysia

2.     Mengubah suai peraturan kewangan oleh Bank Pusat terhadap semua institusi kewangan seperti menstrukturkan kadar faedah dan rizab berkanun

3.     Mengukuhkan asas ekonomi negara dan mengelakkan spekulasi

4.     Melaksanakan peraturan kawalan pergerakan kewangan keluar negara

5.     Mengukuhkan nilai simpanan emas negara bagi tujuan keupayaan membayar balik import dan langkah kawalan daripada spekulasi mata wang

6.     Mengurangkan kebergantungan kepada import barang dan perkhidmatan dari luar

 

Cabaran Dalam Pembangunan Ekonomi Negara

1.     Cabaran boleh dikategorikan kepada dua, iaitu cabaran bersifat ekonomi dan cabaran bersifat bukan ekonomi.

Rajah 2.6 Bentuk cabaran dalam ekonomi

 

Cabaran Ekonomi

1.     Perubahan ekonomi global

a)     Cabaran ekonomi global yang berlaku di sesebuah negara asing terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun boleh mempengaruhi ekonomi negara.

b)     Antara contoh perubahan ekonomi global adalah seperti yang berikut:

                                  i.         Akibat pertumbuhan ekonomi yang lembap dan perubahan dalam nilai mata wang sesebuah negara boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.

                                ii.         Jika ekonomi luar lembap maka permintaan terhadap produk Malaysia boleh menurun dan akan menjejaskan pendapatan.

2.     Krisis kewangan

a)     Krisis kewangan yang berlaku di Asia pada penghujung tahun 1980-an telah menjejaskan ekonomi Malaysia.

b)     Malaysia turut terjejas apabila nilai mata wang Ringgit telah menjunam teruk dan pasaran saham mengalami kejatuhan.

c)     Malaysia dicadangkan untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

d)     Tindakan Malaysia menolak pinjaman tersebut merupakan suatu kebaikan kerana tidak menyerahkan hak menentukan ekonomi sendiri kepada pihak asing.

3.     Ketidakstabilan nilai mata wang

a)     Ketidakstabilan nilai mata wang merupakan cabaran yang besar kepada negara dalam mempertahankan kestabilan ekonomi negara.

b)     Antara faktor yang mempengaruhi perubahan dalam nilai mata wang negara adalah seperti yang berikut:

                                           i.         Keadaan politik domestik dan antarabangsa

                                         ii.         Jumlah rizab antarabangsa

                                        iii.         Jumlah hutang isi rumah

                                        iv.         Perubahan dasar ekonomi dan nilai mata wang negara luar seperti Amerika Syarikat (Dollar) dan China (Yuan)

                                         v.         Jumlah perbelanjaan mengurus negara

                                        vi.         Harga pasaran minyak dunia dan komoditi utama

c)     Antara kaedah yang berupaya membantu mengurangkan kesan ketidakstabilan nilai mata wang adalah seperti yang berikut:

                                           i.         Menstabilkan sosiopolitik dan sosioekonomi negara

                                         ii.         Membantu pertumbuhan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS)

                                        iii.         Melaksanakan dasar yang berkaitan

                                        iv.         Mengawal perbelanjaan semasa

 

Cabaran Bukan Ekonomi

1.     Harga komoditi antarabangsa

a)     Harga komoditi antarabangsa yang tidak menentu sentiasa membimbangkan. Malaysia yang menjadi pengeluar kelapa sawit dan getah.

b)     Hal ini sudah pasti menjejaskan pendapatan negara.

c)     Selain itu, kenaikan harga bahan api dan makanan yang akan turut terkena kepada pasaran.

2.     Peraturan perdagangan

a)     Peraturan perdagangan yang berbentuk tarif dan bukan tarif boleh menjadi cabaran kepada ekonomi Malaysia.

b)     Hal ini boleh berlaku apabila sesebuah negara dalam usaha melindungi industri.

3.     Persaingan oleh negara berkepentingan

a)     Terdapat pesaing-pesaing ekonomi yang melakukan sabotaj terhadap kepentingan ekonomi negara lain melalui cara tertentu.

b)     Antara contoh persaingan oleh negara berkepentingan adalah seperti berikut:

                                           i.         Negara pengeluar melakukan lambakan barangan tertentu sehingga boleh menjejaskan harga barangan tempatan.

                                         ii.         Serangan propaganda terhadap keluaran negara seperti negara pengeluar minyak kacang soya mendakwa minyak kelapa sawit boleh menjejaskan kesihatan.

                                        iii.         Negara tertentu mendakwa sektor pelancongan negara kurang selamat disebabkan oleh insiden penculikan warga asing di kawasan pelancongan tertentu.

4.     Rakyat sendiri yang kurang menyokong usaha kerajaan

a)     Sikap mengutamakan kepentingan sendiri yang melebihi kepentingan nasional.

b)     Hal ini seterusnya boleh melambatkan atau sekali gus menggagalkan usaha kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

5.     Polisi kerajaan

a)     Kesediaan kerajaan dan agensi melakukan transformasi dalam urusan penyampaian dan perkhidmatan.

b)     Terdapat sesetengah agensi kerajaan yang tidak cekap dalam menyelesaikan urusan pelanggan.

c)     Justeru, kerajaan telah membuat perubahan dengan menyediakan perbelanjaan yang tinggi.

6.     Kekurangan buruh

a)     Masalah kekurangan buruh juga menjadi cabaran dalam usaha memajukan ekonomi negara.

b)     Sektor-sektor tertentu seperti sektor pertanian, sektor pembinaan dan sektor pembuatan masih bergantung pada pekerja asing.

c)     Keadaan ini menimbulkan tiga implikasi, iaitu implikasi sosial, ekonomi dan politik.

 

Langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Dari Sudut Ekonomi

Merancang dan Melaksanakan Pelbagai Dasar Pembangunan Ekonomi

1.     Kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai dasar pembangunan ekonomi seperti dasar yang berkaitan ekonomi seperti Dasar Perindustrian dan Dasar Pertanian Negara.

2.     Selain itu, kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan sosial negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Wanita Negara dan Dasar Perpaduan Kebangsaan.

3.     Melalui dasar-dasar yang dibentuk dan perancangan yang betul, maka usaha mencapai sasaran negara maju dan sejahtera boleh dilaksanakan.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meminta pandangan pakar

b)     Wujud kemahuan politik

c)     Kerjasama daripada agensi kerajaan

d)     Penyelarasan dan pemantauan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri

e)     Pemimpin mendengar suara hati rakyat

Mentransformasikan Ekonomi Negara Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

1.     Usaha mentransformasikan ekonomi negara memerlukan kerjasama erat dalam kalangan anggota masyarakat melalui pelbagai strategi.

2.     Sebagai contoh, meningkatkan kualiti sumber modal insan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Membangunkan modal insan

b)     Menyediakan infrastruktur dan infostruktur

c)     Meningkatkan pelaburan dalam bidang berkaitan

d)     Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu

e)     Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan

f)      Mendapatkan penarafan global

 

Mempertimbangkan Kesan Pembangunan Ekonomi

1.     Mempertimbangkan kesan pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar.

2.     Pembangunan yang lestari akan memberikan manfaat kepada keselesaan rakyat.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan langkah pematuhan SOP pembangunan kawasan hutan dan lereng

b)     Memantapkan dan memperkasa penguatkuasaan undang-undang

c)     Projek Penghutani

d)     Pembangunan alam secara lestari seperti pelancongan eko dan pelancongan agro

e)     Pemantauan dan perakuan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar

 

Menarik Kemasukan Pelabur Asing

1.     Kerajaan menarik kemasukan pelabur asing dengan menyediakan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai dan iklim pelaburan yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

2.     Rakyat akan mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya dapat menambahkan kekayaan rakyat dan perbelanjaan.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menggubal dasar kerajaan yang mesra dan konsisten pelabur terutama pelabur asing

b)     Memberikan keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di Malaysia

c)     Melakukan misi perdagangan ke negara luar untuk menarik pelaburan masuk

d)     Menyediakan insentif berbentuk tarif dan bukan tarif

e)     Menyediakan sumber tenaga kerja yang mencukupi, berkemahiran tinggi dan berdaya saing dari segi kos

f)      Mewujudkan keadaan politik yang stabil

 

Menambah Nilai Sektor-sektor

1.     Menambah nilai sektor-sektor yang boleh menyumbangkan pendapatan negara melalui penyelidikan dan pembangunan.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Mempelbagaikan hasil produk

b)     Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

c)     Menawarkan harga yang berdaya saing

 

Memantapkan Perpaduan Negara

1.     Memantapkan perpaduan negara kerana rakyat dapat memberikan fokus kepada usaha pembangunan.

2.     Perpaduan boleh dibentuk melalui pelbagai cara sama ada di peringkat rakyat biasa bahkan digerakkan melalui usaha-usaha kerajaan.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Penghayatan terhadap tujuan dan prinsip Rukun Negara

b)     Memperkasakan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)     Melaksanakan aktiviti selaras dengan Dasar-dasar Pendidikan

 

Memperkukuh Kerjasama Perdagangan

1.     Kerajaan memperkukuh kerjasama perdagangan dengan negara luar melalui perundingan, dan hubungan diplomatik.

2.     Kerajaan sentiasa berunding dengan kerajaan luar untuk memantapkan kerjasama.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan pertukaran sumber (sistem barter) sebagai bayaran

b)     Menyertai forum-forum ekonomi

c)     Mematuhi keputusan badan dunia seperti keputusan pertubuhan

 

Mempelbagaikan Ekonomi Negara

1.     Mempelbagaikan ekonomi negara daripada sektor pertama yang berasaskan pertanian kepada sektor kedua yang berkaitan pemprosesan sumber kekayaan negara.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan teknologi perindustrian

b)     Menggantikan sektor komoditi dengan sektor sekunder

c)     Menggalakkan penyertaan sektor swasta

d)     Meningkatkan eksport komoditi berasaskan bahan diproses

 

Menambah Baik Sistem Penyampaian Dan Perkhidmatan

1.     Menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan agar semua pihak boleh memberikan pulangan ekonomi negara.

2.     Sebagai contoh, pelabur asing, pelancong asing serta firma tempatan dapat berurusan dan menyelesaikan urusan dengan pantas.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan perkhidmatan kerajaan secara atas talian melalui laman web kerajaan

b)     Meningkatkan kualiti kakitangan melalui latihan

c)     Menyediakan sistem standard operasi yang baik

d)     Menyediakan piagam pelanggan

e)     Mengisytiharkan harta bagi mengelakkan rasuah

 

Menggiatkan Strategi Mengutip Perolehan Negara

1.     Kerajaan menggandakan usaha menambahkan strategi mengutip perolehan negara melalui strategi pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang seperti menggunakan Akta Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2.     Pencapaian dalam tahun 2010 telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka, iaitu RM185.54 billion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah diambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan.

3.     Selain itu, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara sistematik dan berkesan turut membantu memantapkan keadaan ekonomi negara.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan perkhidmatan pembayaran cukai melalui atas talian

b)     Memperkasakan penguatkuasaan peraturan pembayaran cukai

c)     Menyediakan perkhidmatan perundingan korporat ke sesebuah syarikat

d)     Menyediakan teknologi canggih yang boleh digunakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia bagi mengesahkan barangan yang dibawa masuk dan keluar dari Malaysia

e)     Melahirkan sumber tenaga kerja yang cekap dan berintegriti tinggi

 

Memantapkan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

1.     Ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi merupakan pendekatan ekonomi bersifat global.

2.     Hal ini dilaksanakan bagi mewujudkan nilai baharu dalam ekonomi yang dapat menyumbang kepada peningkatan jumlah produktiviti dan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan capaian Internet berkelajuan tinggi

b)     Memantapkan sistem keselamatan siber

c)     Memantapkan kreativiti dan inovasi terutama dalam kalangan golongan muda

d)     Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan

e)     Menguatkuasakan peraturan tentang pelanggaran data peribadi dan jenayah siber

Meningkatkan Sains dan Teknologi

1.     Semua sektor memerlukan kepakaran sains dan teknologi sama ada untuk mencipta ataupun memanipulasikan teknologi.

2.     Sebagai contoh, penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan sektor pertanian, sektor pembuatan dan sektor pembinaan.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Keupayaan mencipta

b)     Kemahiran mengaplikasikan teknologi

c)     Menggalakkan pemindahan kepakaran

d)     Memperkasakan modal insan dalam bidang berkaitan

 

Meneroka Pasaran Baharu

1.     Kerajaan membuka pasaran yang lebih banyak di seberang laut dan dapat meningkatkan eksport negara.

2.     Kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan firma tempatan supaya meningkatkan dan mempelbagaikan produktiviti barang dan perkhidmatan.

3.     Pertambahan eksport ke seberang laut akan meningkatkan pendapatan negara.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Mengukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan ekonomi dengan rakan dagangan sedia ada atau negara baharu

b)     Mengawal kadar pertukaran asing

c)     Mewujudkan kerjasama perdagangan

d)     Menyediakan keistimewaan tertentu seperti khidmat kepakaran

 

2.3.3 POLITIK

1.     Malaysia mengamalkan sistem politik berdasarkan parti.

2.     Sehingga kini (2012) Malaysia diperintah melalui sebuah gabungan parti yang dinamakan Barisan Nasional (sebelum tahun 1973 dikenali sebagai parti Perikatan).

3.     Pemerintahan kerajaan Persekutuan diketuai oleh parti politik utama, iaitu Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti-parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957.

4.     Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting, iaitu UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) dan MIC (Kongress India Malaysia).

5.     Selain itu, terdapat parti-parti komponen termasuk dari negara Sabah dan Sarawak.

6.     Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan Nasional.

7.     Politik di Malaysia adalah mengambil bentuk “perkongsian kuasa” / (konsosialisme) supaya kepentingan bersama boleh diselesaikan secara muafakat.

8.     Sistem politik mempunyai kaitan dengan sistem kerajaan kerana kerajaan dibentuk melalui politik.

9.     Perlembagaan Persekutuan sendiri terbentuk hasil daripada tolak ansur antara pemimpin parti-parti politik yang mewakili kaum.

10.  Selain itu, pembentukan akta, enakmen dan ordinan turut mengambil kira konsensus parti.

 

Ciri-ciri Sistem Politik Malaysia

Parti Komponen Pemerintah Sekarang (1957-KINI)

1.     Hampir setiap kerajaan di dunia mendapat kuasa melalui sokongan undi rakyat.

2.     Kerajaan yang dibentuk pula biasanya mewakili sesebuah parti tertentu.

3.     Di Amerika Syarikat, terdapat Parti Republikan dan Parti Demokrat manakala di Britain terdapat Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti memegang tampuk pemerintahan.

4.     Di Malaysia kerajaan mendapat mandat melalui permuafakatan parti yang berbeza-beza perjuangan berasaskan kaum dan etnik dan berkongsi kuasa melalui pakatan antara UMNO (parti Kebangsaan Kaum Melayu), MCA (Parti Kebangsaan Kaum Cina), MIC (Parti Kebangsaan Kaum India) menerusi permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN).

5.     Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum bumiputera Sabah dan Sarawak, iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bajau, Dayak, Bidayuh, Murut dan lain-lain.

6.     Kepelbagaian parti politik di negara ini disebabkan oleh penduduk berbilang kaum, bangsa dan agama serta masing-masing ada pemikiran dan kepentingan tersendiri.

7.     Secara umumnya, BN berperanan melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu, adil dan saksama serta mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

8.     Sejarah penubuhan parti-parti politik utama yang menjadi teras dalam Barisan Nasional juga adalah berbeza-beza:

a)     Parti UMNO (United Malay National Organisation/Parti Kebangsaan Melayu Bersatu)

                                           i.         Parti UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 adalah untuk tujuan yang berikut:

·       Mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu yang menjadi peribumi

·       Menentang dasar Malayan Union yang cuba dilaksanakan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu

·       Meningkatkan pendidikan

                                         ii.         Parti UMNO mengembangkan sayapnya ke negeri Sabah apabila parti USNO yang sedia ada mengalami keretakan.

b)     Parti MCA (Malaysian Chinese Association/Pertubuhan Cina Malaysia)

                                           i.         Parti MCA (Malaysian Chinese Association/Pertubuhan Cina Malaysia) ditubuhkan oleh pemimpin Cina, iaitu Tan Cheng Lock bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee pada tahun 1949.

                                         ii.         Matlamat utama membentuk MCA adalah untuk tujuan yang berikut:

·       Menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu

·       Melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina

·       Bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme

·       Bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

 

c)     Parti MIC (Malaysian India Congress)

                                           i.         Parti MIC (Malaysian India Congress) ditubuhkan pada tahun 1946. MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

                                         ii.         Tujuan utama penubuhan MIC adalah untuk memperjuangkan kepentingan kaum India dalam semua aspek.

d)     Parti Gerakan

                                           i.         Parti Gerakan ditubuhkan pada tahun 1968 dengan kebanyakan ahlinya ialah kaum Cina.

                                         ii.         Parti Gerakan menyertai Perikatan-(Barisan Nasional) pada tahun 1972.

                                        iii.         Perjuangan parti ini adalah untuk turut memperjuangkan kepentingan rakyat terutamanya kaum Cina.

9.     Kesedaran politik kaum Cina dan India tidak begitu ketara sebelum Perang Dunia Kedua.

10.  Ketika itu, kaum Cina dan India hanya menumpukan perhatian mereka terhadap politik tanah asal mereka di China dan India.

11.  Parti-parti politik lain yang membentuk komponen dalam Barisan Nasional adalah seperti yang berikut:

a)     Parti Progresif Rakyat (PPP)

b)     Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)

c)     Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

d)     Parti Bersatu Sabah (PBS)

e)     Parti Liberal Demokratik Sarawak (LDP)

f)      Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

g)     Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)

h)     Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)

12.  Politik yang wujud di Malaysia yang merupakan gabungan berasaskan elit kaum ini akan kekal dengan identiti mereka yang tersendiri tanpa perlu mengorbankan kepentingan kaum masing-masing.

13.  Gabungan ini bermula sejak Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952 dengan kerjasama perikatan UMNO-MCA.

14.  Kejayaan gabungan ini memenangi pilihan raya tersebut memikat MIC untuk menyertainya pada tahun 1954.

15.  Gabungan ini terus dikenali sebagai Parti Perikatan yang muncul sebagai parti yang sangat dominan dalam politik Malaysia sejak merdeka hinggalah sekarang.

16.  Dalam pilihan raya tahun 1955, parti perikatan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihan raya.

17.  Kemenangan tersebut berkait rapat dengan amalan kompromi, tawar-menawar dan akomodasi yang digerakkan oleh golongan elit kaum utama tersebut.

18.  Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia juga telah mengukuhkan Parti Perikatan apabila parti-parti utama di Sarawak dan Sabah menyertainya.

19.  Walaupun tiada jaminan bahawa kestabilan itu akan berkekalan terbukti bahawa politik permuafakatan masih lagi menjadi platform terbaik untuk diamalkan dalam politik masyarakat berbilang kaum.

20.  Sekitar tahun 1950-an, politik permuafakatan dikenal pasti sebagai penyelesaian kepada masalah kerencaman kaum terutamanya di Malaysia.

21.  Penubuhan kepelbagaian parti politik juga boleh dikaitkan dengan dasar Penjajah Inggeris yang melaksanakan dasar “pecah dan perintah” untuk tujuan mengekalkan mereka terus berkuasa di Tanah Melayu.

 

Parti Politik Lain

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

1.     Bermula dengan penubuhan GERAK pada tahun 1999 dan terpaksa bergabung dengan PRM sehingga tahun 2004 apabila permohonan penubuhan parti ditolak oleh kerajaan.

2.     Selepas pilihan raya umum tahun 2004 barulah permohonan parti Keadilan diluluskan.

3.     Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan bukan berbentuk perkauman namun memperjuangkan pembentukan negara yang berintegriti dan maju.

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

1.     Parti DAP ditubuhkan atas dasar terbuka dan parti tersebut boleh disertai oleh pelbagai kaum.

2.     Walau bagaimanapun, majoriti ahli dan pemimpin parti adalah dalam kalangan kaum Cina.

3.     Penubuhan DAP bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbentuk demokratik sosialis serta menyeimbangkan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.

Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1.     Parti ini ditubuhkan pada tahun 1951 oleh golongan ulama dan antara tokoh penting ialah Sheikh Abdullah Fahim.

2.     Parti PAS mempunyai matlamat memartabatkan keadilan dan memperjuangkan usaha menjadikan negara diperintah berdasarkan syariat Islam.

3.     PAS bukan parti yang bersifat mempertahankan perkauman sebaliknya parti yang mempertahankan pelaksanaan Syariat Islam.

Parti Rakyat Malaysia (PRM)

1.     PRM ditubuhkan pada tahun 1955 daripada golongan berhaluan kiri pimpinan Ahmad Boestamam.

2.     PRM ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan negara dan mewujudkan pemerintahan yang bebas.

3.     Oleh sebab parti ini berhaluan kiri dan cenderung kepada perjuangan sosialis maka parti tersebut tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat.

Pakatan Rakyat

1.     Sama sebagaimana perikatan Barisan Nasional, beberapa parti politik yang dianggap “pembangkang” di peringkat Persekutuan telah membentuk sebuah pakatan yang dikenali umum sebagai Pakatan Rakyat.

2.     Pakatan Rakyat mulai dibentuk secara teratur mulai pilihan raya tahun 2008 dengan beberapa tolak ansur yang masih dalam usaha dimantapkan lagi.

 

Kepentingan Politik Dalam Mempengaruhi Negara Maju dan Sejahtera

1.     Kepentingan politik dalam mempengaruhi negara maju dan sejahtera ditunjukkan dalam Rajah 2.8 seperti yang berikut:

Rajah 2.8 Kepentingan politik dalam mempengaruhi negara maju dan sejahtera

 

Membentuk Dasar Negara

1.     Keadaan politik yang stabil akan membantu membentuk dasar yang berkesan

2.     Kestabilan politik turut mempengaruhi dasar sedia ada

3.     Dasar yang baik akan memacu pertumbuhan ekonomi negara

 

Memperkukuh Perpaduan Rakyat

1.     Kestabilan politik akan memperkukuh perpaduan rakyat

2.     Persekitaran politik yang sihat akan mewujudkan persefahaman antara semua parti politik dalam memajukan dan menyejahterakan negara

 

Menstabilkan Ekonomi Negara

1.     Sistem politik yang stabil dan telus akan membantu meningkatkan keyakinan para pelabur untuk menyuntik modal

2.     Kestabilan politik memberi kesan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

3.     Ketidakstabilan politik menyebabkan ekonomi negara sukar berkembang

 

Mempertahankan Kedaulatan Negara

1.     Sistem politik yang kukuh akan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara

2.     Perpecahan dalam politik akan menyebabkan negara mengalami risiko untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara

 

Implikasi Kepelbagaian Parti Politik Pasca Kemerdekaan

Antara implikasi kepelbagaian parti politik pasca kemerdekaan adalah seperti yang berikut:

1.     Membentuk demokrasi

a)     Kepelbagaian parti politik merupakan suatu ciri demokrasi.

b)     Hal ini disebabkan oleh hak bersuara melalui parti politik adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

c)     Kematangan demokrasi boleh berlaku jikalau parti-parti politik berpolitik secara matang dan menjunjung kepentingan negara.

2.     Keterbukaan masyarakat tempatan

a)     Masyarakat tempatan yang menjadi penduduk tetap sebelum penjajahan Inggeris kemudiannya sanggup berkongsi kuasa dan berkongsi kepentingan.

b)     Hal ini menunjukkan sikap terbuka dan sanggup bersama-sama menikmati kekayaan negara.

3.     Dasar perkongsian kuasa dan kontrak sosial

a)     Dasar perkongsian kuasa dan kontrak sosial yang dipersetujui dan kemudian menjadi pegangan kepada peribumi lokal dan bukan lokal telah mencorakkan suasana politik baharu di Tanah Melayu.

b)     Dasar perkongsian kuasa antara kaum yang terdapat dan diamalkan di Malaysia membuktikan telah berlaku proses interaksi, integrasi dan asimilasi dalam struktur politik di Tanah Melayu.

c)     Hal ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum di kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

4.     Asimilasi dalam kebudayaan dan pendidikan

a)     Wujudnya asimilasi dalam kebudayaan dan pendidikan.

b)     Hal berkaitan kebudayaan kaum telah diterima melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

5.     Pertukaran pengetahuan

a)     Kepelbagaian parti di Sabah dan Sarawak dapat membuka ruang pertukaran pengetahuan tentang amalan hidup dan budaya pelbagai suku kaum.

b)     Sebagai contoh, rakyat daripada pelbagai kaum dan suku kaum dapat mengetahui, memahami dan mempelajari budaya kaum lain serta membentuk interaksi sosial.

 

Cabaran

Wujudnya Sikap Pemimpin yang Keliru dan Chavanis

1.     Cabaran dalam politik berasaskan kaum juga ialah wujudnya sikap pemimpin yang keliru dan chavanis (mengambil kesempatan) yang menggunakan modal kaum untuk mempertahankan atau memperoleh sokongan.

2.     Di dalam satu pentas terdapat segelintir individu tertentu bercakap tentang perpaduan kebangsaan tetapi di pentas yang lain pula membangkitkan isu perkauman.

 

Peristiwa 13 Mei 1969

1.     Peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah hitam tanah air adalah cabaran yang berlaku selepas pilihan raya.

2.     Terdapat pelbagai pendapat yang tidak dapat dibuktikan sehingga kini tentang punca sebenar peristiwa tersebut.

3.     Namun kejadian yang menimpa adalah melibatkan pertelingkahan kaum.

 

Sikap Ekstrem

1.     Sikap sesetengah anggota masyarakat yang ekstrem terhadap kerajaan dengan menganggap usaha-usaha kerajaan sebagai berpihak kepada sesuatu kaum sahaja.

2.     Yang sebenarnya bantuan kerajaan boleh diumpamakan sebagai tongkat, maka hanya orang yang uzur sahaja yang perlukan tongkat, manakala orang yang sihat berasa malu untuk menggunakan tongkat.

 

Perbezaan Bahasa dan Budaya

1.     Perbezaan bahasa dan budaya juga boleh menyebabkan wujud pertembungan.

2.     Sesetengahnya mempunyai tahap pengetahuan bahasa yang rendah dan berfikiran lama.

3.     Oleh itu, wujud sikap mencurigai antara kaum.

 

Media Massa

1.     Media massa juga merupakan cabaran dalam sistem politik.

2.     Media massa perlu peka dan mengelakkan diri daripada mensensasikan sesuatu isu sensitif seperti isu merobohkan rumah, isu kematian dan seumpamanya termasuk perkara yang menyentuh isu perkauman.

 

Kepelbagaian Bentuk Persekolahan

1.     Kepelbagaian bentuk persekolahan juga menjadi penyumbang kepada masalah ini.

2.     Semasa pemerintahan Inggeris, sistem pendidikan vernakular diamalkan sebagai suatu strategi pecah dan perintah Inggeris.

3.     Kini masalah berkaitan pendidikan sering sahaja dijadikan modal politik (dipolitikkan) terutama dalam suatu mesyuarat agung parti atau menghampiri pilihan raya.

4.     Hal ini menimbulkan suasana gelisah antara kaum.

 

Langkah-langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Politik

Membentuk Persefahaman antara Pemimpin

1.     Pembentukan sesebuah negara yang maju dalam masyarakat berbilang kaum hanya akan berjaya sekiranya semua pemimpin bersatu hati mempertahankan kedaulatan negara.

2.     Justeru, perbezaan pendapat dan ideologi perlu difikirkan secara positif dan digunakan dalam perkara tertentu sahaja tanpa menggadaikan maruah dan kedaulatan negara.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Membentuk dasar-dasar yang mesra rakyat

b)     Mengutamakan kepentingan nasional berbanding kepentingan kaum yang sempit

c)     Memenuhi tuntutan objektif dan prinsip Ideologi Negara

d)     Melalui kompromi politik kaum dan politik wilayah

e)     Melalui penyelesaian muafakat dan mengelakkan penyelesaian melalui media massa

 

Memupuk Nilai-nilai Sosial

1.     Untuk menjamin perpaduan rakyat yang berbilang kaum, nilai-nilai sosial yang tinggi yang terdapat dalam budaya masing-masing perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.

2.     Budaya berbudi bahasa, bertolak ansur dan saling menolong merupakan amalan mudah tetapi amat bermakna untuk merapatkan perbezaan sikap kaum.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan kefahaman terhadap budaya asing

b)     Menggalakkan dialog peradaban

c)     Menerima unsur-unsur budaya luar yang sesuai dan wajar

d)     Mewujudkan hubungan komuniti kejiranan yang erat

 

Memperkasa Penguatkuasaan Undang-undang dan Membentuk Dasar-dasar Negara

1.     Peraturan dan undang-undang turut penting bagi meneruskan kemajuan negara.

2.     Undang-undang merupakan panduan untuk dipatuhi. Semua pihak tertaluk kepada undang-undang.

3.     Undang-undang juga digunakan untuk membendung gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan negara.

4.     Penggunaan Akta Hasutan merupakan salah satu usaha dalam membendung masalah yang boleh merosakkan perpaduan kaum atau membendung jenayah yang hanya merugikan negara.

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Semakan semula rang undang-undang di Parlimen

b)     Wujud kemahuan politik oleh ahli politik

c)     Pendidikan kesedaran kepada masyarakat

d)     Meningkatkan kecekapan pendakwaan

 

Meningkatkan Interaksi Bersama

1.     Interaksi antara budaya dengan wilayah (seperti Semenanjung dengan Malaysia Timur) dapat membantu memperkukuh politik di Malaysia.

2.     Kerjasama dan tolak ansur dalam merealisasikan perkara tersebut mampu melahirkan suasana yang harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Pengambilan pekerja rentas wilayah

b)     Mewujudkan peningkatan kefahaman melalui seminar, perbengkelan dan kajian

c)     Mewujudkan kerjasama politik

d)     Perhatian kerajaan pusat kepada negeri-negeri di Malaysia Timur

 

2.3.4 PRASARANA

1.     Prasarana atau kemudahan merupakan suatu daripada lambang kemajuan sesebuah negara.

2.     Malaysia adalah antara negara membangun yang mempunyai mercu tanda dan prasarana yang boleh dibanggakan

3.     Semakin banyak dan berkualiti prasarana yang terdapat dalam sesebuah negara maka semakin maju dan kaya sesebuah negara.

4.     Kewujudan prasarana memberikan pelbagai manfaat kepada negara dalam pelbagai aspek.

5.     Antara manfaat kemajuan prasarana dalam negara ialah seperti yang berikut:

a)     Menggambarkan kemajuan sesebuah negara

b)     Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

c)     Memberikan keselesaan hidup kepada rakyat

d)     Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

6.     Kebanyakan kemudahan awam sama ada disediakan sendiri atau diberikan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan-peruntukan tahunan mengikut Tempoh Rancangan Lima Tahun Malaysia.

7.     Jikalau kemudahan atau infrastruktur disediakan oleh kerajaan, maka pengendalian dan pengurusan akan dijalankan melalui agensi-agensi sendiri. Sebagai contoh, bangunan FELDA atau UDA dibina dan dikendalikan oleh agensi tersebut sendiri.

8.     Terdapat juga kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, terutamanya di bandar-bandar atau di pekan-pekan.

9.     Prasarana atau kemudahan yang terdapat di negara kita terdiri daripada prasarana yang disediakan untuk tujuan kebajikan dan juga kemudahan bertujuan ekonomi.

Rajah 2.9 Bentuk kemudahan prasarana

 

 

Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Prasarana (Kemudahan Bersifat Kebajikan)

Pendidikan

1.     Setiap Rancangan Malaysia peruntukan pendidikan sentiasa ditambahkan selaras dengan usaha menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia.

2.     Hal ini disebabkan oleh keyakinan bahawa sekolah akan melahirkan modal insan yang cemerlang untuk memimpin generasi akan datang.

3.     Antara kepentingan membina negara maju dan sejahtera dalam aspek prasarana pendidikan adalah seperti yang berikut:

a)     Membentuk tadbir urus yang sistematik

                                           i.         Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan pengurusan kewangan secara berasingan berbanding dengan kementerian lain.

                                         ii.         Hal ini menunjukkan bahawa perkara atau isu pendidikan akan dilaksanakan secara pantas.

b)     Mewujudkan kemudahan pembelajaran yang kondusif

                                           i.         Penyediaan premis-premis pendidikan seperti sekolah baharu dan Institusi Pengajian Tinggi yang kondusif amat penting dalam memastikan para pelajar dapat menimba ilmu dengan sempurna.

                                         ii.         Kemudahan yang kondusif turut akan menjadikan sistem pembelajaran di Malaysia diiktiraf di peringkat dunia.

c)     Penyediaan sumber tenaga yang profesional

                                           i.         Meningkatkan kemahiran sumber tenaga dengan melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti merupakan perkara penting dalam sistem pendidikan negara.

                                         ii.         Sebagai contoh, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) telah memacu penyediaan sumber tenaga profesional yang lebih sistematik.

d)     Penyediaan alat bantu mengajar yang lengkap

                                           i.         Dasar kerajaan menyediakan pendidikan percuma dan pemberian buku teks percuma kepada semua pelajar juga merupakan satu usaha yang telah dilaksanakan dan mendapat hasil positif dalam melahirkan generasi celik huruf.

                                         ii.         Perkembangan sistem pengajaran dalam bentuk teknologi maklumat turut membantu pelajar berfikir secara lebih kreatif dan inovatif.

 

Kesihatan

1.     Mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik dirantau ini.

2.     Antara sebab pertambahan kualiti perkhidmatan kesihatan adalah seperti yang berikut:

a)     Usaha berterusan kerajaan meningkatkan kesedaran melalui ceramah, seminar, pameran dan seumpamanya kepada anggota masyarakat tentang penjagaan kesihatan.

b)     Kerajaan menyediakan lebih banyak hospital, klinik termasuk klinik 1Malaysia.

c)     Kerajaan menyediakan lebih ramai doktor dan pakar perunding sama ada dengan menyediakan lebih ramai pelajar perubatan mahupun mengambil kakitangan perubatan dari luar luar negara.

3.     Antara kepentingan membina negara maju dan sejahtera melalui aspek prasarana kesihatan adalah seperti yang berikut:

a)     Membentuk hab kesihatan yang global

                                           i.         Kerajaan berusaha meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kesihatan global dengan menyediakan pelbagai kemudahan wad, peralatan makmal dan klinik.

                                         ii.         Di samping itu, kerajaan turut meluluskan pembinaan pusat perubatan swasta yang canggih seperti Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre) bagi memberi pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan kemudahan perubatan.

b)     Mewujudkan kemudahan kesihatan yang canggih

                                           i.         Penyediaan kemudahan perubatan yang canggih dan terkini merupakan perkara penting dalam memastikan tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.

                                         ii.         Kemudahan yang kondusif turut akan menjadikan sistem perubatan di Malaysia diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi pilihan utama oleh masyarakat dunia.

c)     Penyediaan sumber tenaga pakar

                                           i.         Kekurangan sumber tenaga pakar perubatan di Malaysia merupakan masalah yang sedang ditangani oleh pihak kerajaan.

                                         ii.         Peningkatan latihan secara sistematik dan berterusan serta usaha membawa masuk pakar-pakar asing boleh membantu meningkatkan kepakaran tempatan.

 

Pentadbiran

1.     Kerajaan telah menambahkan prasarana dalam bidang pentadbiran supaya rakyat mendapat kemudahan apabila berurusan dengan agensi kerajaan yang berkenaan.

2.     Antara pendekatan membina negara maju dan sejahtera dalam aspek prasarana pentadbiran adalah seperti yang berikut:

a)     Mewujudkan sistem pentadbiran mesra rakyat

                                           i.         Penempatan hampir semua kementerian di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya merupakan suatu langkah menyediakan sistem pentadbiran berpusat bagi kemudahan pengurusan kerajaan dan juga kemudahan kepada rakyat.

                                         ii.         Pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan kiosk agensi kerajaan merupakan langkah proaktif dalam mendekatkan jabatan kerajaan dengan rakyat.

b)     Meningkatkan kualiti teknologi dalam sistem pentadbiran

                                           i.         Prasarana pengurusan yang baik juga ialah penyediaan kemudahan menggunakan sistem pengurusan moden dan canggih.

                                         ii.         Kini semua kementerian dan agensi kerajaan sudah menggunakan laman web masing-masing untuk menyelesaikan urusan dengan pengguna.

                                        iii.         Kemajuan ini merupakan suatu kebanggaan rakyat dan merupakan aset negara.

c)     Penyediaan sumber tenaga kerja yang mencukupi

                                           i.         Sumber tenaga kerja yang mencukupi merupakan perkara penting dalam memastikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada masyarakat.

                                         ii.         Rakyat mendapat manfaat yang banyak melalui pelaksanaan pentadbiran yang berkualiti.

 

Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Prasarana (Kemudahan Bersifat Ekonomi)

Jalan Raya, Lebuh Raya dan Pengangkutan Kereta Api

1.     Antara prasarana yang terpenting dalam merancakkan kemajuan negara ialah wujudnya sistem pengangkutan yang melibatkan jaringan jalan raya dan lebuh raya.

2.     Dalam program Transformasi Kerajaan (GTP), usaha meningkatkan sistem pengangkutan di bandar dan juga di kawasan luar bandar telah dilaksanakan.

3.     Demikian juga kerajaan sentiasa meningkatkan perbelanjaan meningkatkan kemudahan sistem pengangkutan negara dalam tiap-tiap Rancangan Lima Tahun Malaysia.

4.     Antara kepentingan membina negara maju dan sejahtera dalam aspek prasarana kemudahan pengangkutan dan perhubungan adalah seperti yang berikut:

a)     Pembinaan pusat perkhidmatan pengangkutan yang bersepadu

                                           i.         Pembinaan pusat perkhidmatan pengangkutan yang bersepadu atau hab pengangkutan seperti yang berikut:

·       Kuala Lumpur Sentral

·       Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

·       Pudu Sentral

                                         ii.         Di Kuala Lumpur Sentral, sistem pengangkutan yang terlibat ialah semua sistem kereta api seperti Komuter, LRT, pengangkutan bas dan teksi.

                                        iii.         Ia juga boleh terus disambungkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

b)     Pembinaan lebuh raya

                                           i.         Pembinaan beberapa Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Damansara Puchong, Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Trans Borneo dan banyak lagi ternyata amat bermanfaat dari segi ekonomi.

                                         ii.         Manfaat yang melimpah kesan pembinaan semua kemudahan pengangkutan amat banyak terutamanya dapat meningkatkan pembangunan kawasan baharu.

                                        iii.         Kemajuan ekonomi amat terasa dengan kepesatan pembinaan lebuh raya.

c)     Pelaksanaan projek Mass Rapid Transit (MRT)

                                           i.         Di bandar raya Kuala Lumpur, usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam disasarkan dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang boleh menjejaskan kualiti bekerja.

                                         ii.         Pembinaan sistem Transit Aliran Ringan (STAR) dan Monorel di tengah bandar Kuala Lumpur mendatangkan banyak manfaat ekonomi dan masa bekerja serta meningkatkan imej ibu negara Malaysia.

5.     Berikut beberapa objektif kerajaan memajukan sektor pengangkutan dan perhubungan di Malaysia:

a)     Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalan raya, rel, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi.

b)     Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisien dan keberkesanan kos serta ianya dapat disediakan secara kompetitif.

c)     Memastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor dan menentukan agesi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan.

d)     Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancangkan.

e)     Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi, rancangan-rancangan dan program-program berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya, jambatan, bangunan, pengangkutan bandar dan rel, pelabuhan, penerbangan awam serta sumber air dan pembentungan.

 

Telekomunikasi

1.     Kemajuan sistem telekomunikasi juga merupakan suatu kemajuan dalam teknologi maklumat yang terdapat di Malaysia.

2.     Banyak pengendali sistem komunikasi di negara ini adalah jelas menunjukkan wujudnya permintaan dan penawaran yang tinggi.

3.     Kemajuan teknologi telekomunikasi negara juga disokong oleh penggunaan teknologi satelit.

4.     Sehingga kini, Malaysia telah melancarkan satelit seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2 yang berikut:

Jadual 2.2 Senarai nama satelit Malaysia

Bil.

Nama Satelit

Tarikh Pelancaran

Hak Milik

1

MeaSAT-1

12 Januari 1996

ASTRO

2

MeaSAT-2

13 November 1996

ASTRO

3

TiungSAT

26 September 2000

Kerajaan Malaysia

4

MeaSAT-3

12 Disember 2006

ASTRO

5

MeaSAT-3a

22 Jun 2009

ASTRO

6

RazakSAT

14 Julai 2009

Kerajaan Malaysia

7

MeaSAT-3b

12 September 2014 (beroperasi sepenuhnya pada 15 Oktober 2014)

ASTRO

8

RazakSAT-2

(dijangka beroperasi di orbit pada tahun 2016)

Kerajaan Malaysia

 

5.     Selain itu, penggunaan Internet semakin berkembang, sama ada menggunakan talian tetap mahupun talian mudah alih (broadband).

6.     Kini penggunaan Internet telah banyak memudahkan urusan manusia untuk pelbagai tujuan.

7.     Para peniaga pula memperoleh keuntungan yang besar dengan menjual produk berasaskan ICT ataupun melaksanakan urusan secara dalam talian.

8.     Kemajuan dalam bidang telekomunikasi ini telah meninggalkan kesan yang tertentu dalam pelbagai bidang seperti bidang pendidikan, ekonomi dan sosial dan terhadap alam sekitar dan seumpamanya.

9.     Kesan positif bidang ini ialah dapat meningkatkan pengetahuan atau melahirkan generasi celik maklumat dan kreatif dan melambangkan keperluan ICT dalam negara.

 

Cabaran

1.     Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha menyediakan prasarana di negara ini.

 

Peruntukan Kewangan yang Besar

1.     Cabaran yang paling utama dalam usaha meningkatkan prasarana ialah menyediakan peruntukan kewangan yang besar.

2.     Menyediakan prasarana yang canggih dilakukan secara berterusan dalam setiap Rancangan Malaysia.

3.     Kerajaan telah memberikan peruntukan dalam perbelanjaan pembangunan.

4.     Kos menyediakan kemudahan awam berskala besar menelan perbelanjaan berbilion ringgit dan kerajaan mungkin perlu mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan terbesar negara atau mungkin perlu membuat pinjaman daripada negara luar.

 

Penerokaan Sumber Alam

1.     Cabaran kedua yang dihadapi ialah wujudnya penerokaan sumber alam sehingga boleh mendatangkan pencemaran.

2.     Apabila sesuatu kemudahan awam hendak disediakan seperti pembinaan lebuh raya yang merentasi hutan seperti pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur dan seumpamanya sudah pasti terpaksa melakukan penerokaan hutan.

3.     Hal ini boleh menjejaskan ekologi.

 

Kegiatan Vandalisme

1.     Terdapat sesetengah pengguna terutamanya golongan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme atau merosakkan harta benda awam seperti merosakkan telefon awam dengan melakukan contengan tertentu.

2.     Dua kerugian yang wujud adalah seperti yang berikut:

a)     Rakyat tidak dapat memanfaatkan pada waktu yang diperlukan manakala

b)     Kerajaan pula mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja semula untuk memperbaikinya selain perbelanjaan yang telah dijalankan.

 

Sambutan Masyarakat

1.     Sambutan masyarakat terhadap sesetengah prasarana yang disediakan kadangkala agak mengecewakan.

2.     Sebagai contoh pemindahan dari tempat sedia ada ke bangunan baharu, sambutan masyarakat amat dingin.

3.     Walau bagaimanapun, pihak berkuasa yang meluluskan pembinaan juga perlu peka dan menyediakan akses yang mampu menarik masyarakat menggunakan kemudahan.

4.     Terdapat sesetengah kemudahan awam seperti tempat menunggu bas dan pusat perniagaan baharu terabai.

5.     Peniaga enggan meneruskan perniagaan kerana masyarakat enggan datang atas sebab lokasi yang tidak sesuai.

6.     Hal ini akan merugikan semua pihak.

 

Langkah-langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Prasarana

Rajah 2.10 Langkah-langkah membina negara maju dan sejahtera melalui prasarana

 

Menstrukturkan Semula Pengangkutan Awam

1.     Pihak kerajaan menubuhkan Syarikat Prasarana Negara untuk merancang dan menyusun semula sistem pengangkutan secara lebih

2.     Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) merupakan syarikat milik kerajaan 100 peratus yang ditubuhkan pada 11 September 1998.

3.     Memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan Prasarana bertanggungjawab untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara.

4.     Syarikat Prasarana sendiri memiliki dua jenis sistem pengangkutan seperti yang berikut:

a)     Aset dua laluan kereta api transit ringan, iaitu

                                           i.         STAR LRT,

                                         ii.         PUTRA LRT dan

                                        iii.         KL Monorel Syarikat juga memiliki

b)     Rangkaian bas yang beroperasi di kawasan bandar utama selepas mengambil alih pengurusan syarikat Rapid KL, Intrakota dan Cityliner:

                                           i.         Kuala Lumpur dan Selangor (Rapid KL)

                                         ii.         Pahang (Rapid Kuantan)

                                        iii.         Pulau Pinang (Rapid Penang)

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan pembangunan The Greater Kuala Lumpur

b)     Membina pusat sehenti pengangkutan awam seperti di Kuala Lumpur Sentral dan Pudu Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan

c)     Membentuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memantau sistem pengangkutan awam

d)     Meluluskan dasar-dasar pengangkutan seperti peraturan penggunaan teksi, bas dan kereta api

e)     Menawarkan diskaun tambang murah kepada pelajar dan orang istimewa

f)      Meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi sektor pengangkutan

g)     Penetapan NKRA untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dari aspek fizikal dan pengurusan serta keselesaan pengguna

 

Memajukan Infrastruktur dan Keperluan Awam

1.     Kerajaan melalui agensi yang berkaitan seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan perancangan memajukan prasarana infrastruktur awam bagi mencapai objektif seperti berikut:

a)     Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalan raya, kereta api, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi

b)     Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisien, mempunyai daya saing dari pelbagai perkara

c)     Memastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor

d)     Menentukan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan

e)     Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancang

2.     Hal ini turut meliputi infrastruktur dalam semua sektor termasuk sektor yang berikut:

a)     Pendidikan

b)     Keselamatan

c)     Kesihatan

d)     Bekalan air dan elektrik

e)     Komunikasi

f)      Pertanian

g)     Sukan dan rekreasi

h)     Perumahan dan pengangkutan

i)      Perkhidmatan pengangkutan

j)      Perkhidmatan kewangan

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Membuat penyelidikan dan pembangunan yang bersesuaian

b)     Peruntukan tanah daripada kerajaan negeri untuk tujuan pembinaan melalui Majlis Tanah Negara.

 

Menubuhkan Agensi Khas

1.     Kerajaan bertindak proaktif dengan menubuhkan beberapa unit agensi khas yang berfungsi menaik taraf serta memajukan prasarana negara.

2.     Antara contoh agensi yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

a)     Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Merancang pengurusan pengangkutan awam seperti bas, teksi, dan kereta sewa serta melakukan penguatkuasaan sehingga boleh menyebabkan lesen pengangkutan ditahan jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

b)     Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembentungan serta menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri air dan pembentungan.

c)     Suruhanjaya Tenaga

Mengawal selia kecekapan, keekonomian dan kualiti industri bekalan elektrik serta memastikan keselamatan orang awam dan pengguna sentiasa terjamin.

d)     Perbadanan PRIMA Berhad (PRIMA)

Merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

e)     Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU)

Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai projek penyelenggaraan infrastruktur awam di bawah peruntukan yang diselia oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Menyediakan Kemudahan Berkaitan Keselamatan

1.     Penyediaan infrastruktur berkaitan keselamatan yang meliputi semua aspek adalah perkara penting dalam membina sebuah negara maju dan sejahtera.

2.     Infrastruktur yang lengkap meliputi perkara seperti yang berikut:

a)     Alatan dan jentera yang tinggi dan berkualiti tinggi

b)     Balai di kawasan strategik

c)     Alatan dan senjata terkini

d)     Balai dan kem dikawasan strategik

e)     Anggota yang cekap dan mencukupi

f)      Pemasangan di kawasan strategik

g)     Pengawasan dan pemantauan yang berkesan

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Membina kuarters anggota

b)     Mewujudkan bandar selamat

c)     Menambahkan bilangan anggota

d)     Meningkatkan moral anggota dengan meningkatkan kebajikan

e)     Meningkatkan logistik pasukan beruniform

f)      Meningkatkan kawalan sempadan yang cekap

 

2.3.5 SOSIAL DAN BUDAYA

1.     Malaysia mempunyai hampir 30 juta penduduk dan terdiri daripada lebih 200 etnik yang pelbagai aspek seperti bangsa/kaum, struktur atau kelas sosial, bahasa, kepercayaan dan adat resam sesuatu kelompok masyarakat.

2.     Sosial adalah berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.

3.     Budaya didefinisikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.

4.     Menurut Kamus Dewan, bangsa ialah sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama di mana asalnya adalah serupa sifatnya.

5.     Takrif sosiobudaya adalah berkaitan ilmu antropologi, iaitu ilmu berkaitan hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain).

6.     Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum.

7.     Setiap kaum mempunyai latar belakang agama, cara hidup, pakaian, pergaulan dan sebagainya yang berbeza-beza.

8.     Tindakan penjajah Inggeris membentuk pengasingan kaum dalam aspek pendidikan, penempatan, pekerjaan, politik dan sebagainya adalah untuk mengelakkan penyatuan, memudahkan penguasaan dan matlamat kemasukan kaum Cina dan India adalah untuk memenuhi kepentingan ekonomi penjajah semata-mata.

9.     Perbezaan sosiobudaya jika dibiarkan berterusan boleh menjejaskan integrasi kaum dan memecahkan kedamaian dan keharmonian anggota masyarakat dan negara keseluruhannya.

 

Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Sosial dan Budaya

1.     Setiap kaum atau etnik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang dapat menunjukkan identiti yang telah diwarisi dan akan diwariskan kepada generasi mereka pada masa akan datang.

2.     Antara ciri utama pengenalan identiti kaum ialah bahasa pertuturan, pakaian, adat resam dan agama yang diamalkan dalam kehidupan mereka.

3.     Antara kepentingan membina negara maju dan sejahtera melalui sosial dan budaya adalah seperti yang berikut:

Rajah 2.11 Kepentingan membina negara maju dan sejahtera melalui sosial dan budaya

 

 

 

Memperkasa Kepelbagaian Bahasa

Masyarakat Melayu

1.     Orang Melayu menggunakan bahasa Melayu yang berasal daripada gugusan alam Melayu.

2.     Bahasa ini digunakan dalam pertuturan dan digunakan dalam urusan rasmi negara.

3.     Perlembagaan menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

4.     Di negeri-negeri tertentu penggunaan bahasa kolokial atau loghat negeri tertentu diamalkan dalam perbualan harian.

5.     Sebagai contoh, masyarakat di Kelantan menggunakan loghat Kelantan dalam perbualan mereka.

6.     Ringkasnya bangsa Melayu disinonimkan dengan berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

7.     Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Melayu sebagai seseorang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan beragama Islam.

 

Masyarakat Cina

1.     Majoriti orang Cina berbahasa Mandarin dalam kebanyakan urusan rasmi termasuk dalam urusan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

2.     Mereka turut menggunakan bahasa sukuan mengikut kelompok tertentu.

3.     Dalam urusan rasmi dengan kerajaan, pemakaian bahasa Malaysia masih tetap dilaksanakan atas sebab urusan rasmi.

4.     Bahasa Cina (Mandarin) juga diterima dalam sistem pendidikan atau sistem peperiksaan awam Malaysia.

 

Masyarakat India

1.     Orang India menggunakan bahasa Tamil dalam urusan rasmi dalam urusan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan seperti dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.     Selebihnya mereka mungkin menggunakan bahasa sukuan seperti Telugu.

3.     Bahasa Tamil juga diterima dalam sistem pendidikan termasuk sistem peperiksaan awam Malaysia.

 

Etnik di Sabah dan Sarawak

1.     Bumiputera di Sabah dan Sarawak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi persekolahan tetapi masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam urusan kehidupan seharian.

2.     Sebagai contoh, mereka menggunakan bahasa Kadazan dan Murut (Sabah) dan bahasa Iban dan Bidayuh atau Melayu Sarawak dalam pertuturan harian.

3.     Bahasa Kadazan-dusun dan bahasa Iban serta bahasa etnik yang lain turut ditawarkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

 

Melindungi Keunikan Pakaian

1.     Pakaian kebangsaan dianggap sebagai pakaian untuk majlis-majlis rasmi.

2.     Pakaian kebangsaan ini merupakan pakaian masyarakat tempatan.

3.     Baju mengikut etnik juga merupakan keistimewaan dalam budaya di Malaysia.

4.     Antara contoh keunikan dalam berpakaian di Malaysia adalah seperti yang berikut:

a)     Pakaian kebangsaan masyarakat Melayu

                                           i.         Pakaian lelaki ialah baju Melayu dan bersongkok

                                         ii.         Pakaian perempuan ialah baju kurung

b)     Pakaian kebangsaan masyarakat Cina

                                           i.         Pakaian lelaki ialah samfu

                                         ii.         Pakaian perempuan ialah ceongsan

c)     Pakaian kebangsaan masyarakat India

                                           i.         Pakaian lelaki ialah dothi

                                         ii.         Pakaian perempuan ialah sari

5.     Di Sarawak dan di Sabah terdapat banyak pakaian yang berlainan mengikut etnik yang sememangnya kaya dengan pelbagai suku etnik, agama, dan budaya itu.

6.     Terdapat juga pelbagai baju etnik di Semenanjung seperti baju kebaya dan berselendang.

 

Menghargai Keistimewaan Adat Resam

1.     Setiap masyarakat mempunyai adat resam yang istimewa dan unik seperti adat menyambut perayaan dan adat perkahwinan.

2.     Adat yang unik dan berbeza antara masyarakat ini boleh menjadi produk pelancongan negara dan memberi peluang masyarakat mengenali dengan lebih dekat kelainan sosiobudaya ini.

3.     Untuk orang Melayu, pengaruh adat yang masih kuat ialah di Negeri Sembilan dengan mengamalkan sistem adat Perpatih.

4.     Kebanyakan orang Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak, masih mengamalkan prinsip Islam dalam kehidupan mereka.

5.     Terdapat amat banyak adat resam bagi tiap-tiap kaum dan suku kaum di Sabah dan Sarawak dalam aspek kepercayaan dan amalan hidup, misalnya adat memuja alam atau memuja roh.

6.     Untuk generasi muda pula pengetahuan terhadap amalan adat resam kaum lain jarang diketahui umum bahkan adat resam ibu bapa juga jarang diamalkan lagi.

 

Mempertahankan Keharmonian Beragama

1.     Perlembagaan mengiktiraf bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

2.     Agama Islam dianuti dan oleh orang Melayu dan semua etnik yang mengamalkan ajaran Islam termasuk kaum Cina Muslim, India Muslim.

3.     Masyarakat Islam melaksanakan hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Maulidur rasul.

4.     Etnik Cina dan India masing-masing beragama Buddha dan Hindu.

5.     Meskipun demikian terdapat juga yang mengamalkan agama Kristian.

6.     Untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak, sebilangan mereka mengamalkan agama Kristian, Islam dan kepercayaan terhadap alam roh dan alam semula jadi.

7.     Sebilangan masyarakat sukar berinteraksi disebabkan oleh kesibukan bekerja dan tinggal berjauhan melainkan pada hari-hari perayaan sahaja.

 

Melindungi Warisan dan Khazanah Negara

1.     Terdapat pelbagai tarian dan lagu-lagu yang menjadikan warisan sesuatu kaum.

2.     Antara contoh keunikan warisan di Malaysia adalah seperti yang berikut:

a)     Warisan masyarakat Melayu

                                           i.         Tarian Zapin dan Makyung

                                         ii.         Nyayian Dondang Sayang dan Mak Inang

                                        iii.         Makanan nasi lemak, ketupat dan lemang

b)     Warisan masyarakat Cina

                                           i.         Tarian kipas dan singa

                                         ii.         Makanan Yee Sang dan buah limau Mandarin

c)     Warisan kaum India

                                           i.         Tarian klasik India

                                         ii.         Makanan Capati, Wadei dan Tosei

d)     Warisan masyarakat Sarawak

                                           i.         Tarian joget Melayu dan Ngajat

                                         ii.         Makanan kek lapis Sarawak dan ikan terubuk masin

e)     Warisan masyarakat Sabah

                                           i.         Tarian Sumazau

                                         ii.         Makanan Tuhau, lauk Ampap dan Siagol

 

Cabaran

1.     Setiap kaum mempunyai budaya atau cara hidup yang berbeza dalam kebanyakan aspek.

2.     Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi dalam mempertahankan keamanan dalam membina negara maju dan sejahtera.

3.     Antara cabaran yang terpaksa dihadapi adalah seperti yang berikut:

 

Perbezaan Budaya

1.     Perbezaan budaya merupakan antara penyebab yang mencabar integrasi kaum.

2.     Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang mudah mencetuskan prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang kesemuanya boleh menggugat integrasi nasional.

3.     Masalah yang mungkin berlaku ialah apabila perbezaan-perbezaan cara hidup setiap suku kaum itu ditonjolkan secara keterlaluan dalam banyak kegiatan sosial dan budaya yang bersifat kaum sahaja.

4.     Malah terdapat segelintir individu dalam kaum tertentu yang bersikap ultra, tidak sensitif malah bersifat pelampau dengan memandang rendah budaya kaum lain.

 

Mempertahankan Perlembagaan

1.     Terdapat juga cabaran terhadap perkara tertentu dalam perlembagaan yang telah dipersetujui oleh pelbagai kaum sebelum kemerdekaan.

2.     Antaranya ialah hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak), kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai “perkara yang rasmi”.

3.     Tindakan mempertikai dan tidak menghormati keluhuran perlembagaan boleh menjejaskan hubungan etnik di Malaysia.

 

Perbezaan Status Ekonomi

1.     Cabaran daripada perbezaan status ekonomi yang agak ketara antara kaum juga boleh menjadi sebab kelunturan integrasi sosial masyarakat.

2.     Hal ini bukan sahaja tidak membantu mewujudkan perpaduan malah mungkin mencetuskan huru-hara.

 

Dasar Kerajaan

1.     Secara umumnya, setiap kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan negara dengan berlaku adil terhadap setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

2.     Walau bagaimanapun, terdapat tindakan sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keamanan dengan melakukan tindakan negatif.

 

Politik

1.     Terdapat sesetengah pemimpin kurang sensitif dalam isu yang melibatkan agama dan kaum dengan mempolitikkan sesuatu isu termasuk memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan pengundi.

2.     Hal ini bukan sahaja tidak membantu pengukuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat malahan telah mengeruhkan perbezaan sedia ada.

3.     Hal ini seterusnya akan menyukarkan usaha menyatupadukan rakyat untuk terus mempertahankan kemajuan dan kedaulatan negara.

 

Sikap Mementingkan Diri dan Kumpulan

1.     Sikap yang hanya mementingkan diri dan kumpulan boleh menjejaskan usaha mengintegrasikan kaum dan etnik mengikut wilayah.

2.     Sesetengah anggota masyarakat enggan menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu masalah atau konflik.

3.     Sebagai contoh, terdapat kumpulan yang enggan memberikan sumbangan terhadap mangsa-mangsa bencana alam dan bencana kemanusiaan tetapi mengambil tindakan memperkecilkan bantuan yang telah dibuat.

 

Langkah-langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Sosial dan Budaya

Rajah 2.12 Langkah-langkah membina negara maju dan sejahtera melalui sosial dan budaya

 

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1.     Kepelbagaian sosial dan budaya di Malaysia merupakan suatu keunikan yang tersendiri.

2.     Untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri dan semangat nasionalisme, kerajaan telah berusaha membentuk identiti budaya kebangsaan.

3.     Sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti bagi melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan.

4.     Oleh itu, kerajaan telah melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Antara alasan yang dikaitkan dengan masalah kaum ialah wujudnya jurang pemahaman terhadap budaya kaum lain yang menyebabkan salah persepsi dan berprasangka.

5.     Tiga prinsip asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

a)     Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal. Rantau ini menggunakan Bahasa Melayu dari segi cara hidup, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya

b)     Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar dan dinamik yang boleh diterima berasaskan prinsip Perlembagaan

c)     Islam menjadi unsur yang penting kerana selaras dengan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan serta mendukung nilai-nilai kesejagatan

6.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan program bergotong-royong dalam kalangan komuniti

b)     Menjadikan kebudayaan sebagai suatu produk pelancongan

c)     Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan sosiobudaya terhadap pembentukan perpaduan melalui pendidikan, seminar dan seumpamanya

 

Perkongsian Nilai

1.     Pendekatan sosial dan kebudayaan boleh dibentuk melalui perkongsian nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pelbagai kaum seperti nilai menghormati.

2.     Pakar antropologi mencadangkan perbezaan sosiobudaya dalam kalangan kaum

3.     Hal ini melibatkan perkara seperti yang berikut:

a)     Asimilasi

Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik sehingga membentuk budaya dan identiti yang sama.

b)     Akomodasi

Kaum-kaum menyedari bahawa kumpulan mereka adalah berbeza namun menghormati nilai dan norma antara satu sama lain.

c)     Aklturasi

Suatu proses pinjam-meminjam budaya lain yang kemudian disesuaikan dengan amalan budaya sesuatu kaum. Antaranya ialah dari aspek makanan, pakaian, dan sebagainya.

d)     Amalgamasi

Proses mencantum budaya yang berbeza untuk membentuk suatu entiti baharu sama ada dalam masa sementara atau berkekalan.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Penyusunan program kemasyarakatan

b)     Meningkatkan kefahaman melalui pendidikan

c)     Menghormati nilai dan budaya

 

Strategi Politik

1.     Setiap pemimpin parti politik perlu mengelak daripada mempolitikkan sesuatu isu untuk tujuan meraih undi (political millage) sehingga menjejaskan perpaduan negara.

2.     Hal ini supaya selaras dengan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional.

3.     Pemimpin politik perlu bekerjasama menjayakan program-program yang dilakukan untuk tujuan perpaduan.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Kematangan berpolitik

b)     Mengutamakan perpaduan

c)     Semangat nasionalisme yang tinggi

d)     Tidak terpengaruh dengan anasir luar

 

Strategi Ekonomi

1.     Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai semangat tolak ansur dalam pemilikan harta kekayaan negara.

2.     Jika ekonomi hanya dikuasai oleh sesuatu etnik sahaja maka akan timbul rasa tidak puas hati kaum yang lain pula.

3.     Oleh itu, pengagihan kekayaan atau ekonomi negara perlu dilakukan secara bersesuaian.

4.     Pelaksanaan berbagai dasar ekonomi yang dimulakan dengan Dasar Ekonomi Baharu (1971) bermatlamat serampang dua mata, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, telah dapat membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk membangkitkan perubahan

b)     Menyediakan peluang pekerjaan

c)     Membangkitkan kesedaran golongan sasar

d)     Sokongan daripada agensi kerajaan

e)     Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan

f)      Meningkatkan ketersampaian teknologi maklumat

 

Strategi Pendidikan

1.     Pendidikan boleh menangani masalah kemiskinan.

2.     Melalui pendidikan seseorang boleh mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan mampu berfikir secara yang lebih matang dan rasional.

3.     Melalui pendidikan usaha penyatuan boleh dilaksanakan.

4.     Sebagai contoh, menggunakan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang sama. Oleh itu, menambahkan prasarana pendidikan seperti sekolah adalah langkah yang baik.

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Memperkenalkan transformasi pendidikan

b)     Menubuhkan lebih banyak prasarana pendidikan

c)     Membentuk Pelan Pembangunan Pendidikan

d)     Berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan

e)     Meningkatkan kualiti pendidik melalui strategi pengambilan dan latihan berterusan

 

Program Kerajaan

1.     Kerajaan telah melaksanakan program-program untuk mengukuhkan semangat nasionalisme rakyat tempatan.

2.     Antaranya adalah seperti yang berikut:

a)     Program Latihan Khidmat Negara

                                           i.         Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menyasarkan golongan remaja.

                                         ii.         Ramai pelajar yang terlibat dapat mempelajari pelbagai aktiviti yang akhirnya dapat meningkatkan jati diri mereka.

b)     Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

                                           i.         Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di mana pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum akan menjalankan khidmat sosial di rumah.

                                         ii.         Dengan ini semangat perpaduan sudah mula ditanamkan.

c)     Bantuan kewangan

                                           i.         Bantuan kewangan kerajaan seperti pemberian RM500.00 kepada orang yang berkelayakan menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat tanpa mengira kedudukan.

d)     Program nilai-nilai murni dan kempen berbudi bahasa

                                           i.         Pelaksanaan program nilai-nilai murni dan kempen berbudi bahasa dalam kalangan rakyat bagi merapatkan hubungan etnik di Malaysia.

e)     Program kebudayaan

                                           i.         Program Kebudayaan yang anjurkan seperti Program Rumah Terbuka bagi setiap perayaan seperti Rumah Terbuka bagi setiap perayaan seperti Rumah Terbuka Hari Raya, program persembahan budaya dan sebagainya.

f)      Gagasan 1Malaysia

                                           i.         Melaksanakan gagasan 1Malaysia dengan menganggap bahawa wujud kebersamaan dan nasionalisme yang tinggi terhadap negara.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan pengetahuan rakyat

b)     Meningkatkan penyertaan rakyat

 

Memperkasa Kuat Kuasa Undang-undang

1.     Pembentukan rang undang-undang tertentu telah dilaksanakan agar masalah perkauman dapat dibendung melalui perundangan negara.

2.     Pelaksanaan perundangan akan membantu pihak kerajaan mengatasi masalah pergeseran kaum.

3.     Antaranya ialah pelancaran Akta Keselamatan Dalam Negeri (telah digantikan), Akta Hasutan (telah diganti dengan Akta Kesejahteraan Sosial), Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

4.     Mereka yang didapati bersalah akan menjalani hukuman penjara atau denda.

5.     Para pemimpin parti politik yang terlibat akan kehilangan jawatan jika disabitkan bersalah seperti didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi setahun.

6.     Antara sebab rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang adalah seperti yang berikut:

a)     Mengawal ketenteraman dan keamanan rakyat

b)     Mengelak diskriminasi kaum, gender dan wilayah

c)     Menjamin kebebasan institusi

d)     Mengelakkan persepsi yang negatif terhadap sesuatu keputusan

7.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Memantapkan integriti penguat kuasa

b)     Mewujudkan mekanisme khas

c)     Membaiki kelemahan sedia ada

 

Pembangunan Modal Insan

1.     Pembangunan modal insan merupakan aspek yang sangat penting dalam memastikan kemajuan yang bakal dicapai berada pada landasan yang tepat.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Penerapan nilai-nilai murni

b)     Mengadakan program ilmu secara berterusan

c)     Kerjasama daripada semua pihak

d)     Penyediaan modul khas berkaitan pembangunan modal insan

e)     Meningkatkan pendidikan berkualiti

                                           i.         Mentransformasikan sistem pendidikan

f)      Meningkatkan kemahiran

                                           i.         Menyediakan pusat latihan dalam negeri

                                         ii.         Memberikan latihan ke luar negeri

g)     Meningkatkan kepakaran

                                           i.         Membawa pulang pakar tempatan yang bekerja di luar negara

h)     Meningkatkan nilai dan etika kerja

                                           i.         Meningkatkan integriti

                                         ii.         Mengukuhkan jati diri

 

Hikmah Kepelbagaian Sosial dan Budaya

1.     Kepelbagaian ini perlulah diraikan oleh masyarakat. Setiap kaum perlu menginsafi dan menghormati kelainan tersebut.

2.     Kelebihan ini akan dapat menambahkan pengetahuan anggota masyarakat selain kaum itu sendiri tentang sesuatu keistimewaan kaum tersebut. Hal ini akan meningkatkan penyelidikan tentang kajian etnik di Malaysia.

3.     Kepelbagaian sosiobudaya ini boleh menjadi produk pelancongan negara. Moto pelancongan Malaysia Truly Asia dapat menggambarkan bahawa pelancong asing boleh mendapatkan pengalaman yang banyak hanya dengan melancong di Malaysia sahaja.

 

2.3.6 PERSEKITARAN (EKOLOGI)

1.     Ekologi ialah ilmu atau disiplin kajian yang membicarakan hubungan atau perkaitan antara organisma hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitar yang menjadi habitat (tempat tinggal) kepada organisma hidup.

2.     Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar.

3.     Perkataan ini dicipta oleh biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866, Ernst Haeckel daripada perkataan Greek (oikos bererti “rumah” dan logos bererti “sains”).

4.     Alam sekeliling merangkumi persekitaran biotik, iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan dengan persekitaran abiotik, iaitu benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi.

5.     Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar, pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma terebut.

6.     Ekologi mempunyai kaitan dengan ekosistem.

7.     Arthur Tesley menegaskan bahawa ekosistem adalah merujuk satu sistem yang melibatkan bagaimana komponen hidup dan komponen bukan hidup bertindak balas. Ia juga menggambarkan bagaimana komponen hidup beradaptasi (menyesuaikan diri) dengan persekitaran.

8.     Pengkajian ini juga adalah berkaitan dengan pengkajian terhadap alam sekitar yang sering dibahaskan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan keprihatinan bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku terhadap bumi yang menjadi tempat tinggal generasi demi generasi.

 

Ekologi Malaysia

1.     Malaysia mengalami iklim khatulistiwa.

2.     Ciri iklim ialah menerima hujan, lembap dan panas sepanjang tahun.

3.     Dari segi geografi sebahagian muka bumi Malaysia adalah berhutan, berbukit, dan tanah pamah.

4.     Ekosistem di Malaysia masih dikatakan terpelihara meskipun terdapat ancaman akibat pelbagai proses pembangunan.

5.     Malaysia merupakan salah satu daripada 12 buah negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna.

6.     Antara contoh kepelbagaian yang ada di Malaysia adalah seperti yang berikut:

a)     15000 spesies pokok berbunga yang diketahui

b)     286 spesies mamalia

c)     Lebih daripada 1500 vertebrat darat

d)     Lebih daripada 150000 spesies invertebrat

e)     Lebih daripada 1000 spesies rama-rama

f)      12000 spesies kupu-kupu

g)     Lebih daripada 4000 spesies ikan laut

7.     Ekosistem di Malaysia masih terpelihara kerana Malaysia masih banyak kawasan hutan, termasuk hutan simpan.

8.     Terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan pematuhan pelbagai deklarasi dan protokol badan antarabangsa terhadap pemeliharaan alam sekitar.

 

Isu-isu Berkaitan Ekologi dan Alam Sekitar di Malaysia

1.     Masalah alam sekitar yang berlaku di Malaysia bukan sahaja berpunca daripada masalah tempatan tetapi ada ketikanya berpunca dari luar wilayah atau luar sempadan negara.

2.     Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengenal pasti cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh Malaysia dalam menjadi negara maju pada tahun 2020.

3.     Antara faktor yang menghambat kelestarian alam sekitar di Malaysia adalah seperti yang berikut:

a)     Masalah ketegasan pelaksanaan

b)     Kekangan politik dan ekonomi

c)     Masalah kos pengurusan

d)     Masalah kesedaran dan penerimaan umum

e)     Ketidakberkesanan penguatkuasaan undang-undang

 

Pencemaran Udara

1.     Ancaman luar sempadan yang sering berlaku ialah masalah pencemaran udara yang datang dari Indonesia.

2.     Pencemaran yang berupa jerebu kerap berlaku ketika musim kering atau ketika musim bertani di Sumatera atau di Wilayah Borneo.

 

Bencana Alam

1.     Bencana alam antara isu yang sering melanda negara.

2.     Hal ini disebabkan oleh Malaysia tidak terlepas daripada kejadian-kejadian bencana alam yang menimpa seperti banjir kilat, ribut dan tanah runtuh.

 

Kepesatan Pembangunan

1.     Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami kepesatan pembangunan.

2.     Kebelakangan ini ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan yang agak membanggakan.

3.     Ekonomi Malaysia mula mengalami perubahan pesat sejak tahun 1980-an.

4.     Pada tahun 1984, perubahan yang besar telah berlaku dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor perkilangan telah menjadi penyumbang kedua KDNK.

5.     Pertumbuhan negara sememangnya berteraskan alam dan sumber aslinya.

6.     Dalam hasrat Wawasan 2020, menghendaki tanah terus produktif, subur dan kaya dengan kepelbagaian alam, udara sentiasa bersih dan cerah dan air tidak tercemar.

7.     Hubungan antara hidupan dengan alam sekitar kurang positif apabila wujudnya gangguan-gangguan terhadap kelestarian persekitaran seperti berlaku banjir, tanah runtuh, pencemaran air dan pencemaran udara.

 

Perubahan Cuaca

1.     Masalah pemanasan, masalah kemarau dan hujan berterusan pada musim tengkujuh dan kematian hidupan akuatik adalah antara cabaran terhadap ekologi dan ekosistem.

2.     Sebagai contoh, masalah kemarau telah menyebabkan berlaku kebakaran hutan.

 

Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Ekologi

Rajah 2.13 Kepentingan membina negara maju dan sejahtera melalui ekologi

 

Memelihara Ekosistem

1.     Ekosistem yang baik akan mewujudkan persekitaran yang baik untuk kehidupan manusia dan alam secara keseluruhannya.

2.     Ekologi yang terpelihara akan memastikan kelestarian hidupan biotik dan abiotik terpelihara.

3.     Kesannya spesies fauna dan flora akan terus hidup disebabkan habitatnya terpelihara.

4.     Pengekalan ekosistem marin pula menyumbang kebaikan kerana hidupan akuatik terutamanya ikan, yang menjadi sumber protein kepada manusia akan terus terpelihara.

 

Mengelakkan Bencana Alam

1.     Malaysia sentiasa memastikan sumber alam terpelihara dalam jangka panjang bagi mengelakkan bencana alam akibat penipisan lapisan ozon, kenaikan paras air laut dan pemanasan global.

2.     Alam sekitar yang baik akan membantu mengelakkan masalah pemanasan global.

3.     Dengan wujud banyak pokok, kepanasan di suatu kawasan dapat dineutralkan.

4.     Hal ini disebabkan oleh pokok menjalankan dua fungsi utama, iaitu menyerap karbon dioksida yang menjadi penyumbang kepada kepanasan dan mengeluarkan oksigen yang menjadi penyumbang kepada persekitaran yang nyaman dan sejuk.

 

Melindungi Nilai Ekonomi

1.     Ekosistem yang terpelihara boleh mendatangkan manfaat kepada ekonomi negara.

2.     Ekosistem yang terpelihara akan membantu mengurangkan perbelanjaan untuk memelihara alam sekitar.

3.     Sebaliknya, jika banyak kerosakan pada ekologi maka perbelanjaan yang banyak perlu dilakukan. Hal ini akan membazir wang negara.

4.     Ekosistem yang baik mempunyai nilai ekonomi.

5.     Kelestarian alam sekitar akan menjadikan suatu kawasan masih terpelihara dari segi keindahan.

6.     Kawasan tersebut mampu menjadi pusat pelancongan yang dikenali.

7.     Sebagai contoh, pusat pelancongan Tanah Tinggi Cameron dan pusat pelancongan Taman Negara Pahang.

 

Memajukan Aktiviti Penyelidikan

1.     Keadaan persekitaran dan ekosistem yang baik dan terpelihara boleh dijadikan kawasan penyelidikan untuk pelbagai tujuan seperti

2.     Sebagai contoh, penyelidikan cuaca, penyelidikan hidupan atau haiwan seperti di Pusat Penyelidikan Taman Rimba Sepilok di Sabah.

 

Mencerminkan Budaya

1.     Dari segi budaya pula dengan pengekalan ekosistem, akan menyerlahkan budaya madani atau budaya menyayangi alam sekitar.

2.     Hal ini terkandung dalam cabaran ketujuh Wawasan 2020.

3.     Budaya ini juga menggambarkan mereka menyayangi fauna dan flora ciptaan Tuhan dan menyayangi generasi masa depan agar mereka dapat menikmati keindahan alam.

 

Langkah-langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Ekologi

Rajah 2.14 Langkah-langkah membina negara maju dan sejahtera melalui ekologi

1.     Gangguan terhadap ekologi adalah suatu yang terpaksa ditanggung oleh manusia untuk menikmati pembangunan.

2.     Menghentikan pembangunan adalah suatu kesilapan kerana manusia sendiri perlu menikmati kemajuan.

 

Melaksanakan Pembangunan Lestari

1.     Pembangunan lestari ialah pembangunan yang tidak menjejaskan alam sekitar pada tahap yang besar.

2.     Sebagai contoh, pembangunan di lereng bukit perlu dilakukan mengikut ketetapan Jabatan Alam Sekitar.

3.     Pada oktober 2002, kerajaan telah meluluskan Dasar Alam Sekitar Negara di mana kerajaan turut menggariskan program pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.     Hal ini dilaksanakan dalam konteks pembangunan lestari yang mencapai matlamat kepada pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar.

5.     Pembangunan lestari tidak dapat dicapai sekiranya salah satu daripada tonggak ini diabaikan. Oleh itu, Dasar Alam Sekitar Negara telah diwujudkan dengan mengambil kira penggabungan ketiga-tiga tunggak ini.

6.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Pendidikan kesedaran awam

b)     Pemerkasaan penguatkuasaan

c)     Pemantauan menggunakan teknologi

d)     Pemulihan semula

e)     Pengurusan dan pelan pembangunan yang teratur

 

Mematuhi Prinsip Perlindungan Alam Sekitar

1.     Pematuhan prinsip perlindungan alam sekitar adalah berasaskan garis panduan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

2.     Sehubungan dengan itu, Dasar Alam Sekitar Negara adalah bertujuan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

3.     Matlamat Dasar Alam Sekitar Negara boleh dicapai melalui Strategi Hijau yang berasaskan prinsip-prinsip yang berikut:

a)     Pengawasan alam sekitar

b)     Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam

c)     Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar

d)     Penggunaan lestari sumber-sumber asli

e)     Membuat keputusan bersepadu

f)      Peranan sektor swasta

g)     Komitmen dan kebertanggungjawaban

h)     Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

4.     Untuk mencapai prinsip Strategi Hijau, melalui Dasar Alam Sekitar Negara telah menggariskan atau menumpukan kepada bidang yang berikut:

a)     Pendidikan dan kesedaran

b)     Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar

c)     Perancangan pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu

d)     Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar

e)     Pengukuhan mekanisme pentadbiran

f)      Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat

g)     Pembentukan dan pelaksanaan pelan tindak

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang

b)     Pemantauan yang lebih konsisten

c)     Pengurusan dan perancangan

d)     Penyelidikan dan pembangunan

e)     Penyertaan awam

 

Memulihara Biologi

1.     Melaksanakan langkah pemuliharaan biologi dengan pelbagai aktiviti secara proaktif dan sistematik.

2.     Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

a)     Penanaman semula pokok (seperti pokok bakau)

b)     Melakukan aktiviti membersihkan sampah-sarap

c)     Melaksanakan aktiviti mengitar semula pelbagai sisa dan seumpamanya oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Green Peace yang mampu membangkitkan kemandirian ekosistem.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan pertanian pintar

b)     Pengurusan sisa toksik yang baik

c)     Penetapan peraturan pembangunan

d)     Pengekalan kawasan hijau dalam rangka pembangunan

 

Memperkasa Penguatkuasaan Undang-undang

1.     Strategi penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan cekap, bertanggungjawab dan telus.

2.     Langkah penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan dengan lebih tegas kepada pelaku sama ada industri atau orang perseorangan.

3.     Sebagai contoh, mengenakan hukuman denda sebanyak RM7000 kepada seorang yang memiliki seekor harimau mati oleh mahkamah majistret Tumpat Kelantan pada tahun 2005 mungkin perlu ditingkatkan lagi.

4.     Penubuhan Mahkamah Khas Alam Sekitar seperti yang dicadangkan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria mendapat sokongan banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) boleh mempercepatkan pendakwaan pesalah alam sekitar.

5.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Memantapkan hukuman

b)     Meningkatkan integriti penguatkuasa

c)     Menambahkan bilangan dan kekerapan pemantauan

d)     Membangkit kesedaran awam tentang kepentingan alam

 

Meningkatkan Penggunaan Teknologi

1.     Langkah meningkatkan kos menyediakan teknologi untuk memelihara persekitaran amatlah digalakkan.

2.     Kerajaan menyediakan insentif khas kepada penggunaan teknologi.

3.     Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan teknologi hijau (hibrid) dalam sektor automotif dan sektor pembinaan agar kesan negatif seperti kesan rumah hijau dapat dibendung.

4.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan

b)     Menyediakan insentif kepada sektor yang menggunakan teknologi hijau

c)     Menghargai penglibatan awam dan NGO berkaitan

d)     Membawa masuk teknologi dari luar negara

 

2.3.7 SAINS DAN TEKNOLOGI

1.     Konsep sains ditakrifkan sebagai suatu proses pengumpulan dan penyusunan ilmu atau maklumat.

2.     Perkataan sains berasal daripada latin, iaitu scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat.

3.     Dalam Kamus Oxford, sains ditakrifkan sebagai, “suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti untuk menghasilkan kebenaran baharu di dalam lapangannya sendiri”.

4.     Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, sains dimaksudkan sebagai ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.

5.     Sains juga ditakrif sebagai cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata.

6.     Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.

7.     Teknologi melibatkan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Sebagai contoh, teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan teknologi maklumat.

8.     Teknologi juga berkaitan dengan tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

9.     Justeru, penggabungan sains dan teknologi menunjukkan saling melengkapi antara ilmu dengan peralatan yang kemudiannya dapat menyumbangkan manfaat kepada rakyat dan negara dari pelbagai aspek.

 

Kepentingan Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Sains dan Teknologi

1.     Kemajuan sains dan teknologi dikatakan menjadi keperluan negara untuk pelbagai tujuan, iaitu:

a)     kebergantungan kepada tenaga buruh semata-mata untuk menjana ekonomi adalah tidak menguntungkan negara. Hal ini disebabkan oleh faktor seperti tenaga buruh mengalami kemerosotan kualiti kerja.

b)     negara akan berhadapan dengan kos upah buruh yang semakin meningkat tetapi produktiviti mungkin tidak mencapai nilai utiliti yang dijangkakan.

2.     Keperluan sains dan teknologi adalah disebabkan oleh tuntutan semasa yang memerlukan kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek seperti perindustrian, perubatan, pertanian dan sebagainya.

3.     Dengan itu, kerajaan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat.

4.     Tumpuan polisi ini ialah kepada meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi melalui penciptaan sains dan membaiki bidang saintifik, pelajaran dan sebagainya.

Rajah 2.15 Kepentingan sains dan teknologi

 

Bidang Perindustrian

1.     Dalam bidang perindustrian, penggunaan mesin dan komputer misalnya telah mempercepatkan pengeluaran barangan.

2.     Sebagai contoh, di kilang pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan Perodua, jurutera telah mencipta teknologi robot untuk melaksanakan kerja-kerja pembuatan kereta.

 

Bidang Pembinaan

1.     Dalam sektor pembinaan pula sains dan teknologi sangat banyak dimanfaatkan.

2.     Sebagai contoh penggunaan teknologi kejuruteraan binaan tahan gempa bumi merupakan suatu kemajuan.

3.     Penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan juga merupakan suatu kemajuan dalam sektor pembinaan di Malaysia.

 

Bidang Sains dan Perubatan

1.     Bidang sains dan perubatan melibatkan pengguna aplikasi sains dan teknologi yang paling ketara.

2.     Sebagai contoh, penyelidikan oleh saintis telah menemukan pelbagai jenis ubatan seperti ubat darah tinggi dan kencing manis selain rawatan kanser.

3.     Kejayaan penyelidik di Malaysia memenangi pelbagai anugerah kecemerlangan penyelidikan di peringkat antarabangsa seperti Anugerah John Hopkins merupakan suatu kejayaan besar negara.

4.     Kejayaan Institut Perubatan Malaysia dan penyelidik Universiti menghasilkan preskripsi (ubat) sangat membanggakan.

5.     Oleh itu, kerajaan telah menyediakan geran atau bantuan kewangan untuk meningkatkan bidang penyelidikan.

 

Bidang Teknologi Maklumat

1.     Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar celik komputer dan ketersampaian jalur lebar (Internet) yang baik berbanding negara membangun yang lain.

2.     Kemajuan sains dan teknologi ternyata merupakan suatu sumbangan besar terhadap kemajuan tanpa batas dan tanpa sempadan.

3.     Dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), beberapa manfaat penting dapat diperoleh seperti yang berikut:

a)     Rakyat menjadi semakin mahir menggunakan kemajuan ICT

b)     Meningkatkan pengetahuan rakyat terutamanya golongan pelajar/golongan muda termasuk dalam kalangan kanak-kanak

c)     Melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dengan menawarkan pelbagai jenis perniagaan melalui laman sosial seperti Facebook

d)     Perdagangan/perniagaan menjadi semakin berkembang dan menguntungkan dengan menggunakan aplikasi e-dagang

e)     Pentadbiran kerajaan menjadi semakin cemerlang dan pantas dengan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian.

 

Bidang Pertanian

1.     Kemajuan sains dan teknologi juga amat besar sumbangannya kepada bidang pertanian.

2.     Hampir setiap aktiviti pertanian menggunakan sains dan teknologi.

3.     Sebagai contoh, bermula dengan penghasilan baka yang baik melalui penyelidikan (contohnya penyelidikan oleh MARDI) sehinggalah sampai kepada pengguna, maka penggunaan sains dan teknologi sangat penting.

 

Bidang Kegunaan Harian

1.     Di samping itu, penggunaan sains dan teknologi untuk kegunaan atau kehidupan seharian juga boleh menunjukkan tentang tahap kemajuan sesebuah negara.

2.     Penggunaan alatan tertentu seperti komputer, televisyen, radio, mesin basuh dan sebagainya jelas menunjukkan keupayaan rakyat memiliki peralatan.

3.     Hal ini juga menggambarkan tentang kekayaan material rakyat telah meningkat.

 

Cabaran Memajukan Sains dan Teknologi

1.     Kita dapati, tidak semua teknologi ciptaan manusia itu benar-benar membawa kebaikan misalnya sehingga mendatangkan kesan buruk ke atas alam sekitar.

2.     Hal ini berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan teknologi atau manipulasi keterlaluan untuk meraih keuntungan.

 

Isu Alam Sekitar

1.     Hari ini, dunia juga didapati (termasuk di Malaysia) diancam dengan pelbagai isu alam sekitar seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pencemaran laut, kesan sisa radioaktif dan sebagainya.

2.     Menggunakan pemindahan dan teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu menyelesaikan pengangkutan yang lambat tetapi pada masa yang sama memberi kesan kepada alam sekitar.

3.     Teknologi hidroelektrik yang menggunakan empangan telah memusnahkan hutan-hutan tadahan air di serata dunia, teknologi nuklear pula meninggalkan sisa-sisa radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan bumi.

4.     Walau bagaimanapun, manusia terus menghasilkan teknologi baharu dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini.

 

Sumber Modal

1.     Tahap keupayaan modal yang masih terbatas juga merupakan cabaran yang dihadapi bagi memajukan bidang sains dan teknologi.

2.     Sebagai contoh, kurangnya dana penyelidikan yang diperuntukkan kepada Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan suatu cabaran yang besar untuk memajukannya.

 

Urusan Diplomatik

1.     Sikap sesetengah negara luar yang enggan memindahkan teknologi walaupun diberikan insentif oleh kerajaan juga merupakan suatu cabaran besar.

2.     Hal ini boleh menjejaskan laluan menjadi negara untuk maju dan memiliki sendiri teknologi canggih.

 

Langkah-langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Sains dan Teknologi

Rajah 2.16 Langkah-langkah membina negara maju dan sejahtera melalui sains dan teknologi

 

Melaksanakan Dasar dengan Berkesan

1.     Kerajaan telah menetapkan dua dasar utama yang telah menyasarkan strategi memperkasakan bidang sains dan teknologi untuk membantu memajukan negara.

a)     Dasar Sains dan Teknologi

                                           i.         Dasar Sains dan Teknologi Negara diumumkan pada bulan April 1986 dalam suasana sektor perindustrian perlu dipacu ke arah yang lebih efektif.

                                         ii.         Matlamat akhir pelaksanaan dasar ini adalah untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.

                                        iii.         Matlamat Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah seperti yang berikut:

·       Menggalakkan pengunaan sains dan teknologi dalam perindustrian demi membangunkan ekonomi negara bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat

·       Menggunakan sains dan teknologi untuk membangunkan infrastruktur negara

·       Mengaplikasikan sains dan teknologi untuk membangun serta memajukan industri petanian negara

·       Mengoptimunkan penggunaan sains dan teknologi dalam pengurusan bagi meningkatkan produktiviti

                                        iv.         Selaras dengan usaha meningkatkan pemahaman dan pelaksanaan sains dan teknologi pelbagai strategi dilaksanakan melalui Dasar Sains dan Teknologi, iaitu:

·       Mengintegrasikan strategi sains dan teknologi dengan Dasar Pembangunan Nasional Dasar, Pertanian dan Dasar Perindustrian Negara dan pelbagai dasar yang lain.

·       Menggunakan sumber sains dan teknologi untuk mencapai matlamat pembentukan keupayaan teknologi tempatan

·       Menubuhkan pusat penyelidikan dan Pembangunan sains dan teknologi untuk memperkembangkan dan memajukan bidang pertanian, perindustrian, pengkomputeran dan infrastruktur

·       Menubuhkan Pusat Pengumpulan Maklumat Sains dan Teknologi untuk penyelarasan pelaksanaan dasar

·       Menggalakkan usahawan-usahawan tempatan menerima dan menggunakan pemindahan teknologi asing dalam perusahaan mereka

·       Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkini.

·       Menubuhkan Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara untuk merancang program penekanan penyelidikan dalam bidang keutamaan (IRPA)

·       Menubuhkan Majlis Penyelarasan Perindustrian dan Teknologi untuk mengubah pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian

b)     Dasar Wawasan 2020

                                           i.         Menurut Dasar Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan dan kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang keenam.

                                         ii.         Cabaran tersebut adalah menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

 

Menggalakkan Penggunaan Sains dan Teknologi

1.     Penggunaan Sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi perlu digalakkan bagi membaliki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat.

2.     Tumpuan polisi ini ialah ke arah meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi melalui penciptaan sains dan membaiki bidang saintifik, pelajaran dan sebagainya.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Meningkatkan Keseronokan mencipta

b)     Menganjurkan Pertandingan di peringkat sekolah/kolej

c)     Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan berterusan

 

Meningkatkan Kesedaran Tentang Kepentingan Sains dan Teknologi

1.     Kesedaran tentang kepentingan sains dan teknologi perlu ditingkatkan melalui penganjuran persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2.     Hal ini bertujuan untuk membuka masyarakat dan generasi muda tentang kepentingan pendidikan sains dan kemajuan teknologi.

 

Mewujudkan Bidang Baharu Berkaitan Sains dan Teknologi

1.     Mewujudkan banyak bidang baharu berkaitan sains dan teknologi terutamanya dalam bidang bioteknologi yang banyak memberi pilihan kerjaya yang berkaitan.

2.     Penubuhan Institut Bioteknologi Kebangsaan, Institut Genom Malaysia dan Institut Pharmaseutikal Malaysia merupakan suatu bukti yang nyata.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Mengadakan pertandingan di sekolah

b)     Peranan agensi kerajaan membuat pameran

c)     Program lawatan sambil belajar

 

Mempertingkat Bidang Penyelidikan dan Pembangunan

1.     Mempertingkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan penemuan-penemuan baharu.

2.     Hal ini sejajar dengan hasrat Wawasan 2020 untuk menjadi masyarakat penyumbang dan bukannya masyarakat yang hanya menjadi penerima sains dan teknologi dari luar seperti dari Barat dan Jepun.

3.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Kerajaan meluluskan geran penyelidikan kepada pengkaji di Universiti

b)     Mengiktiraf sesebuah universiti sebagai universiti penyelidikan

 

Melibatkan Institusi Sekolah

1.     Memperbanyakkan bilangan pelajar dan kursus berkaitan dengan sains dan teknologi.

2.     Di sekolah, dasar penetapan 60 peratus:40 peratus pelajar bidang sains kepada bidang kemanusiaan perlu dikekalkan.

3.     Di Institusi Pengajian. Tinggi, jenis kursus berkaitan sains dan teknologi perlu dikembangkan dan diperbanyakkan.

4.     Selain universiti dan institusi pengajian tinggi yang bercirikan teknikal, penambahan bilangan universiti dan institusi pengajian tinggi teknikal yang sedia ada perlu dilaksanakan secara proaktif.

5.     Perubahan dasar memperkasa semula Sekolah Vokasional bagi rnelahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi perlu dilaksanakan secara proaktif dan sistematik.

 

Menyuburkan Budaya Sains

1.     Menyuburkan budaya sains melalui pelbagai cara.

2.     Melaksanakan pertandingan inovasi dan reka cipta dalam kalangan pelajar sekolah merupakan suatu usaha murni dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

3.     Aktiviti pertandingan membina jambatan peringkat kebangsaan dan reka cipta robotik adalah merupakan suatu usaha murni.

4.     Peranan pengamal media massa pula boleh dilakukan melalui penghebahan di media-media.

 

Memindahkan dan Menyerap Teknologi Asing

1.     Pemindahan dan penyerapan teknologi asing juga merupakan antara strategi yang boleh meningkatkan kemajuan negara.

2.     Walaupun Malaysia berhasrat menghasilkan teknologi sendiri, namun pengetahuan kepakaran serta teknologi asing masih diperlukan.

3.     Caranya ialah menggalakkan kemasukan pelaburan asing sambil mensyaratkan berlakunya pemindahan tersebut kepada rakyat tempatan.

4.     Kerajaan juga boleh menyediakan insentif yang boleh menarik pelabur asing langsung ke Malaysia.

 

Menggalakkan Kepulangan Saintis Tempatan

1.     Malaysia menggalakkan kepulangan saintis tempatan yang telah bekerja di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman untuk pulang ke Malaysia dan berkhidmat dengan kerajaan di universiti-universiti tempatan sama ada sepenuh masa atau separuh masa pada musim cuti semester.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menyediakan geran penyelidikan

b)     Memberikan kebebasan melaksanakan penyelidikan

c)     Mempatenkan produk penyelidikan

 

Kerjasama dengan Pakar Dari Luar Negara

1.     Kerajaan juga menggalakkan saintis berkongsi dan bekerjasama dengan saintis tempatan di makmal dalam negara, menawarkan pembiayaan bagi meningkatkan kemudahan makmal di negara ini dan mewujudkan kerjasama antara saintis dan makmal tempatan dengan pakar dari luar negara seperti Makmal Biologi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Genome Lab di Amerika Syarikat.

2.     Antara kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan langkah ini adalah seperti yang berikut:

a)     Menjadikan pakar asing sebagai panel perunding

b)     Menggaji pakar asing sebagai pensyarah di universiti

c)     Mewujudkan perkongsian pintar antara universiti tempatan dengan universiti luar

d)     Menghantar saintis tempatan belajar di luar negara

 

Menyediakan Iklim Penyelidikan

1.     Kerajaan perlu menyediakan iklim penyelidikan dan menyediakan komponen pembiayaan bagi pendaftaran paten dan hak cipta harta intelek untuk dana dan geran pembiayaan penyelidikan serta pembangunan sains dan teknologi di negara ini.

2.     Dengan adanya komponen berkenaan saintis akan lebih mudah mendaftarkan hasil kajian mereka kerana sebelum itu mereka sukar mendaftar atau mempatenkan kajian mereka kerana pendaftaran harta intelek atau paten memerlukan perbelanjaan besar terutama di peringkat antarabangsa.

 

2.4 Langkah Umum Membina Negara Maju dan Sejahtera

1.     Antara langkah umum membina negara maju dan sejahtera adalah seperti yang berikut:

a)     Pembentukan dasar dan wawasan

                                           i.         Pembentukan dasar dan wawasan untuk membina negara maju dan sejahtera.

                                         ii.         Semua dasar yang dibentuk oleh kerajaan adalah untuk membawa negara menjadi lebih maju dan rakyat dapat menikmati hasil kemajuan.

b)     Pengukuhan asas ekonomi

                                           i.         Pengukuhan asas ekonomi merupakan kekuatan utama ekonomi negara.

                                         ii.         Petunjuk ekonomi yang kukuh ialah keupayaan ekonomi sesebuah negara terbentuk melalui keupayaan ekonomi sebenar.

                                        iii.         Antaranya ialah kemajuan industri, kemajuan ekonomi berasaskan eksport, kekuatan simpanan negara dan tidak berlakunya masalah ekonomi yang ketara.

c)     Melaksanakan transformasi dalam ekonomi

                                           i.         Melaksanakan transformasi dalam ekonomi daripada berasaskan strategi konvensional kepada berbentuk ekonomi berasaskan pengetahuan.

d)     Peningkatan sains dan teknologi

                                           i.         Peningkatan sains dan teknologi sangat perlu agar perkembangan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik.

e)     Meningkatkan modal insan

                                           i.         Meningkatkan modal insan juga amat penting agar sumber tenaga yang wujud adalah kreatif, inovatif selain mempunyai integriti dan jati diri.

f)      Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan

                                           i.         Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan merupakan suatu nilai asas atau nilai tambah bagi mempercepatkan dan mencekapkan pengurusan awam.

g)     Elemen pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang

                                           i.         Elemen pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang turut dilaksanakan dengan penuh integriti bagi menjayakan usaha membangunkan ekonomi negara.

h)     Elemen kelestarian alam sekitar

                                           i.         Elemen kelestarian alam sekitar tidak boleh diabaikan agar kemajuan ekonomi yang seimbang dapat dihasilkan.

                                         ii.         Alam sekitar tidak boleh dimusnahkan hanya kerana mengejar pembangunan semata-mata.

i)      Meningkatkan kualiti hidup rakyat

                                           i.         Meningkatkan kualiti hidup rakyat juga merupakan petunjuk kesejahteraan hidup rakyat.

                                         ii.         Selain kerajaan, rakyat sendiri perlu bertanggungjawab memelihara kesihatan.

j)      Kepelbagaian infrastruktur dan infostruktur

                                           i.         Kepelbagaian infrastruktur dan infostruktur yang disediakan oleh kerajaan sangat penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat.

k)     Kesepaduan dan keharmonian

                                           i.         Kesepaduan dan keharmonian hidup rakyat merupakan asas kepada kesejahteraan hidup.

                                         ii.         Boleh dilakukan dengan penuh bertanggungjawab.

l)      Kestabilan politik, ekonomi dan sosial

                                           i.         Kestabilan politik, ekonomi dan sosial boleh dilakukan dengan kesungguhan kepimpinan dan kerjasama masyarakat.

 

No comments:

Post a Comment